Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 15 April 2011

Kek Lapis ~ Holiday Inn


Photo courtesy of Google image

Assalamualaikum...ini adalah antara resepi yang saya perolehi kakak ipar saya. That's the reason why recipe ni agak oldies skit sebab die gunakan gelas kecil dan tin susu (tiada timbangan), heehee. Kakak ipar saya memang pandai buat kek lapis...sedap dan cantik pula tu! Sesiapa nak try buat kek lapis bolehlah cuba buat......oldies way!!!

Bahan:
10 biji telur
16 oz butter (buttercup/ farmcow)
2 gelas kecil biskut marie (blend jadi serbuk tepung ~ hancur)
1 sudu kecil ovalate
2 gelas kecil gula halus 
1 tin horlick
1 tin milo
pewarna coklat dan merah (2 warna untuk dua perasa ~horlick dan milo)

Cara-cara:

  1. Pukul gula dan butter sampai kembang (warna putih gebu)
  2. Masukkan telur satu persatu (buang pusat telur ye supaya tak hanyir dan basuh telur sebelum pecahkan).
  3. Kacau rata-rata. Masukkan serbuk tepung marie sikit demi sedikit diikuti dengan ovalate.
  4. Bahagikan acuan kepada 2 bahagian (tetapi asingkan 2 cawan acuan asal tanpa pewarna untuk lapisan atas dan lapisan bawah kek lapis)
  5. -------Masukkan horlick dalam adunan 1 dengan pewarna warna merah 
  6. -------Masukkan milo dalam adunan 2 dengan pewarna coklat
  7. Mulakan dengan 1 cawan acuan asal untuk jadikan lapisan paling bawah diikuti dengan adunan berwarna berselang seli sehingga acuan berwarna habis (standardkan acuan dengan sukatan satu cawan setiap lapisan). Last sekali lapiskan 1 cawan acuan asal untuk jadikan lapisan paling atas pula.
  8. Untuk lapisan bawah bakar 180 celsius selama 10-15 min (guna api bawah). Untuk lapisan warna warni sehingga lapisan paling atas gunakan api atas sahaja. Selesai semua lapisan masukkan semula ke dalam oven dan bakar gunakan api atas bawah selama 30 min.

2 comments:

  1. Thanx... orang memberi kita merasa, oranag berbudi kita berbahasa.... bukan senang orang nak beri resepi lebih-lebih lagi kek lapis yg untung besar kalau dijual.

    Muga insan baik dan pemurah ini diberkati hidupnya. Kek ni memang sedap... cubalah.

    ReplyDelete
  2. insyaallah...nak membuatnya yang leceh! hehhe.

    ReplyDelete

Comment