Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 1 August 2011

Larangan menghembus dan meniup minuman


Keperluan makan dan minum bagi individu muslim tidak terbatas dengan hanya memuaskan nafsu, menghilangkan dahaga dan mengenyangkan perut. Makan dan minum bagi seorang muslim dengan tujuan untuk mendapatkan kesihatan yang baik seterusnya mampu mengerjakan ibadah kepada Allah, akan peroleh ganjaran pahala. Itu baru niat...memulakan tindakan dengan bacaan Basmallah atau doa makan? Pahala lagi kan? Basuh tangan sebelum makan, menggunakan tangan kanan, tidak gelojoh dan menghormati rezeki adalah antara adab yang dituntut dalam Islam. Cantiknya Islam!

Berdasarkan hadis Nabi SAW ini: “Sesungguhnya Nabi melarang bernafas dalam bekas air dan meniup air itu untuk kamu minum.” (HR. Al-Tirmidzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, dan hadis ini disahihkan oleh Al-Albani).

Kalau Nabi sudah melarang tidak dapat tidak sepatutnya kita sebagai umatnya mengikut tanpa bertanyakan kenapa...tapi hebatnya Islam setiap perlakuan Nabi ada hikmat tersembunyi yang sememangnya boleh dihuraikan menggunakan pengetahuan sains...masyaallah. Hikmah larangan meniup minuman yang masih panas adalah kerana tindakan ini akan mneyebabkan struktur molekul dalam air berubah menjadi asid yang akhirnya akan membahayakan kesihatan. Bagaimana?


Hujah 1~ Secara saintifiknya air dikenali sebagai H2O. Terdiri daripada 2 atom hydrogen dan satu atom oksigen yang mana 2 atom hydrogen ini terikat dengan sebuah atom oksigen. Apabila kita menghembus nafas, kita mengeluarkan karbon dioksida (CO2). Tindakan menghembus nafas pada minuman menyebabkan reaksi di antara H2O dan CO2 yang akan menghasilkan asid karbonat (H2CO3). Alangkah baiknya jika amalan ini dapat dihindarkan walaupun sedia maklum bahawa H2CO3 adalah asid lemah. Tetapi hakikatnya kemasukan asid berlebihan akan membahayakan kesihatan. Ini kerana pengumpulan H2CO3 yang tinggi menjadikan kesan yang sama dengan pengambilan minuman bikarbonat yang boleh menyebabkan karies gigi dan diabetes akhirnya. 
Hujah 2~ Ketika kita menghembus atau meniup nafas pada minuman, secara tidak langsung kita akan mengeluarkan wap air dan pelbagai partikel yang ada di dalam rongga mulut. Ini boleh dikesan berdasarkan bau yang dihasilkan oleh mulut...pelbagai kan? Partikel ini bukan sahaja berasal dari sisa makanan yang tertinggal di celah-celah gigi tetapi hasil penguraian mikroorganisma yang hidup dalam mulut. Sekiranya kita tidak bernasib baik mikroorganisma bersifat pathogen berada di dalam mulut lalu melepaskannya melalui nafas kita mampu mengakibatkan kontaminasi dalam makanan!
Sebaiknya minuman panas dibiarkan sejuk dahulu tanpa perlu meniupnya
Ini dua hujah mudah untuk menjelaskan kenapa Nabi melarang menghembus dan meniup minuman. Walau apapun hikmahnya, seharusnya kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW sami’ na wa a’tha’na (kami mendengar dan kami taat)! Wallahuaa’alam. Semoga manfaat kepada semua ye.

No comments:

Post a Comment

Comment