Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 24 March 2011

Baby Food - Dishes and Utensil

World Health Organisation (WHO)
“WHO recommends - WHO strongly recommends exclusive breastfeeding for the first six months of life. At six months, other foods should complement breastfeeding for up to two years or more.”
Source: http://www.who.int/features/factfiles/breastfeeding/facts/en/index.html


The American Academy of Pediatrics (AAP)
“The AAP recommends that babies be exclusively breastfed for about the first 6 months of life. This means your baby needs no additional foods (except Vitamin D) or fluids unless medically indicated. Babies should continue to breastfeed for a year and for as long as is mutually desired by the mother and baby.”
Source: http://www.aap.org/breastfeeding/faqsBreastfeeding.html

Saya salah seorang ibu yang sangat menyokong pemberian susu badan! Go BF mum!!!
Ok....balik kepada tujuan asal post ini....Secara umumnya di bawah antara kelengkapan yang perlu ibu-ibu ada semasa proses memperkenalkan makanan secara berperingkat (weaning) kepada anak:

  • Spoon (Sudu yang sesuai dengan umur; elakkan menggunakan sudu besi tanpa pantauan orang dewasa dan kalau menggunakan sudu plastik pastikan BPA free yer) -Anak saya dulu saya gunakan sudu brand Tommee Tippee semasa umur 6-12 bulan...lepas tu saya beli set sudu, garfu dan pisau plastik IKEA.
  • Feeding dish (Pinggan makan...pastikan anda menggunakan kaca ataupun jenis BPA free juga) - Anak saya hanya gunakan pinggan, mangkuk mahupun piring yang kami guna...so, tidak wujud diskriminasi yang menunjukkan 'dia' berbeza daripada anggut, nenek, ibu, ayah dan pakcik2nya.
  • Bip (Alas dada) - Ada macam-macam jenis alas dada di pasaran. Jenis kain dan plastik dengan pelbagai corak yang cantik-cantik. Saya juga tidak terkecuali seperti ibu-ibu yang begitu ghairah membelikan bip untuk anak-anak....tapi sayang anak langsung tidak suka dengan penggunaanya. Akhirnya makanlah anak saya tanpa menggunakan bip sampai kotor-kotor baju selepas makan....ibu terpaksa mandikan dan tukarkan dengan persalinan yang baru setiap kali selepas makan...heee.
  • Food container (Bekas makanan) - Pastikan food container tahan panas (microwave) dan BPA free. Ini perlu untuk travelling, bila menziarah dan bila bershopping...tapi hanya jika ibu-ibu memang jenis yang bekalkan makanan anak dari rumah. Saya memang banyak food container untuk anak saya sebab saya avoid garam dan gula untuk anak saya sehingga 12 bulan. So, sepanjang tempoh itu jugalah saya prepare food from home before travel. Perhaps until now...i will prepare food at home for my kid!
  • Travel Bag & Ice pack (Beg untuk dibawa berjalan dan Pek ais) - Kalau travel memang saya masukkan makanan anak dalam beg ini bersama ice pack...So far Petronas, Shell, KFC, McD, Starbuck, Secret Recipe dan pelbagai restoran hebat2 (one of my reason tidak makan di sebarang kedai yang berkemungkinan tiada microwave) tidak mengecewakan saya bilamana saya minta mereka panaskan makanan anak saya dalam microwave!! 
  • Freezer tray with lid (Bekas simpan beku) - Saya ada satu tray! Masa ini saya sangat ghairah mencuba resepi puree dari website annabelcarmel.com. Untuk tempoh 2 bulan pertama saya beri anak makan puree, selepas itu baru saya perkenalkan nasi...setiap minggu saya akan berikan dia puree yang berbeza. Anak saya sangat sukakan puree pumpkin, tomatoes, broccoli, banana, cauliflower, peaches and sweet potatoes!! Sampai sekarang anak saya memang sukakan sayur-sayuran ini untuk di makan bersama nasi. Terasa puas hati sangat bilamana usaha saya boleh dikatakan agak berjaya setakat ini....semoga dia kekal sukakan sayur-sayuran sehingga dewasa nanti! Amin..
Di bawah ni adalah antara link yang selalu saya surf untuk dapatkan lebih informasi tentang penyediaan makanan yang betul, berkhasiat dan menarik untuk anak saya.

www.annabelcarmel.com
www.wholesomebabyfood.com
Buku ini juga sangat membantu dalam memastikan anak saya dapat khasiat makanan dengan selera asia+barat yang sepatutnya dan seiring dengan perkembangnya. Saya sangat-sangat sukakan buku ini selepas diperkenalkan oleh kakak sepupu....TQ kak Ti!

No comments:

Post a Comment

Comment