Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 15 March 2011

Blog oh blog

Assalamualaikum wbt.
Percaya tidak percaya akhirnya saya punya blog sendiri (http://gummimummy.blogspot.com)...Alhamdulillah. Tercapai hajat di hati, untuk mengisi masa lapang kononnye. Lapang sangat ke? sampai sempat mempunyai dan menulis blog?? Ehemmm...kita tunggu dan lihat...
Tujuan utama blog ini adalah untuk berkongsi idea, pendapat, kritikan tentang keadaan sekeliling dan masalah dunia juga...tidak dilupakan berkongsi resepi di sini. Ramai yang bertanyakan resepi kan? Saya rasa blog inilah tempat yang paling sesuai untuk saya kongsi resepi. Tidak dilupakan ramai yang bertanya tentang perkembangan Marha...dan apa rahsia saya sehingga berjaya menyusukan Marha secara ekslusif? Di blog ini jugalah saya akan kongsi dan coretkan untuk dikongsi dan tatapan bersama. Di samping itu juga anda semua dijemput memberi 'sekupang dua ' pendapat dalam menambahbaik kualiti hidup kita ye....Insyaallah semoga blog ini akan beri manfaat pada kita semua. Selamat malam semua. Semoga dalam lindungan Allah.


Nota kaki: Kepada blogger yang 'otai-otai'...sila beri tunjuk ajar, saya masih baru di bidang ini.

No comments:

Post a Comment

Comment