Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 20 July 2011

Persoalan berkenaan Fidyah


Dalam usaha mengetahui ilmu fidyah ini, saya telah mengumpulkan pelbagai persoalan yang biasa timbul berkenaan dengan fidyah. Semoga beri manfaat kepada anda semua!


1.            Kepada siapa seelok-eloknya kita membayar fidyah?

Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.

Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.

Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.

2.            Berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?

Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.

Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3. Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.

Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana. Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada. Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.

Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?

Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.

Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.

Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).

3.                   Selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?

Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.

Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.

4.       Apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?

Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.

Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah.

4.            Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?

Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.


Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah
Contoh1: 

   1. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
   2. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
   3. Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
   4. Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
   5. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
   6. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.

Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.

Mudah bukan? Kalau dapat, cuba kira bayaran fidyah yang wajib dibayar oleh seseorang yang tidak pernah berpuasa selama 40 puluh tahun hidup di atas muka bumi Allah ini… Huh?! Macam kena pakai formula jinjang arithmetik jer?

Contoh2: dari Laman web Majlis Agama Islam Johor 

1 hari dendanya 1 cupak beras 
1 cupak = 1 mud
1 mud  = 15 tahil atau 566.99 gram beras sama dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagi 4. 
(RM _______ ÷ 4 = RM ______).

PERMASALAHAN...

Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan 3 tahun berturut-turut  tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga masuk bulan Ramadhan tahun 2008 seperti berikut : 

   1) Tahun 2005 meninggalkan puasa 6 hari 
   2) Tahun 2006 meninggalkan puasa 5 hari 
   3) Tahun 2007 meninggalkan puasa 7 hari 

PENYELESAIANNYA :

Langkah 1 : 
Kira jumlah tahun ia tidak qada’ puasa  yang ditinggalkan iaitu jumlah ia telah  melangkaui Ramdhan.

Oleh itu jumlah tahun tinggalkan puasa dari tahun 

a) 2005 hingga masuk Ramadhan 2008 ialah 3 tahun.
b) 2006      “        “         “                “       “    2    “
c) 2007      “        “         “                “       “     1    “

Langkah 2 : 
Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan nilai zakat fitrah semasa kemudian dibahagi dengan 4. 

Tahun 2005
3 tahun x 6 hari x RM7.50 (nilai zakat fitrah semasa) ÷  4 = RM33.75

Tahun 2006
2 tahun x 5 hari x RM7.50 (nilai zakat fitrah semasa) ÷ 4 = RM18.75

Tahun 2007
1 tahun x 7 harix RM7.50 (nilai zakat fitrah semasa)  ÷ 4 = RM13.12

Jumlah keseluruhan perlu bayar : RM65.62

5.            Jika Tidak Mampu Membayar Fidyah?

Sekali lagi perlu diingatkan, kewajiban fidyah ini untuk orang sakit yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Tidak berlaku hukum ini untuk orang yang sakitnya masih mempunyai harapan untuk sembuh. Seseorang yang sakit dengan penyakit yang tidak mempunyai  harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu lagi berpuasa, maka ia wajib membayar fidyah [TMQ al-Baqarah (2): 184] Lalu bagaimana pula jika untuk membayar fidyah pun dia juga  tidak berkemampuan, misalnya dia adalah seorang faqir atau miskin?

Membayar fidyah adalah kewajiban bagi orang yang berkemampuan (muusir). Kemampuan ini diukur ketika ia tidak berpuasa kerana sakitnya itu. Jadi, jika terdapat orang sakit yang  tiada harapan untuk  sembuh, lalu dia tidak berpuasa pada tahun lalu, adakah dia wajib membayar fidyah? Maka hal ini perlu  dilihat, jika pada Ramadhan tahun lalu dia dalam keadaan berkemampuan (bukan faqir atau miskin), maka dia wajib membayar fidyah. Jika pada Ramadhan tahun lalu dia dalam keadaan tidak berkemampuan, maka dia tidak wajib membayar fidyah, walaupun pada tahun ini dia sudah menjadi orang yang berkemampuan.

Inilah pendapat yang dianggap rajih (kuat) menurut Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Muhadzdzab, iaitu gugurnya kewajiban fidyah bagi orang yang tidak berkemampuan. Pendapat ini disepakati juga oleh Ibnu Hajar, meskipun berbeza dengan pendapat Ar-Rafi’i dan Ar-Ramli (As-Sayyid Al-Bakri, I’anathut Thalibin, II/241; Taqiyuddin Al-Husaini, Kifayatul Akhyar, I/204; Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, II/687).

Pendapat Imam Nawawi itu kiranya lebih tepat dan rajih, sesuai firman Allah SWT :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [TMQ Al-Baqarah (2) : 286]Wallahu a’lam.


Artikel dipetik dari :http://soleh.net/2008/09/18/qada-puasa-bayar-fidyah-dan-ukuran-cupak/

No comments:

Post a Comment

Comment