Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 25 May 2011

Pengalaman 6 hari di Sabah - Part 1

Assalamualaikum...
Percutian di Sabah masih segar di ingatan...cantiknya negeri Sabah! Pemandangan yang mendamaikan dan menyejukkan. Puas!! Perkataan yang masih belum cukup kuat untuk mentafsirkan percutian kami.
Begini cerita kami bermula...

Kami tiba di airport Kota Kinabalu tepat jam 12 tengah hari...di sambut oleh driver sambil memegang sepanduk nama suami 'MARDIAN MATASAN'. Driver ini datang setelah kami confirmkan penerbangan 9.20 pagi kami di KLIA dengan hotel tempat kami menginap. Grand Borneo Hotel telah menghantar seorang driver membawa kereta Toyota Camry....bertuah kami, merasa jugalah naik Camry....hehe. Kami menginap 6 hari 5 malam di Grand Borneo Hotel...sudah tentu mendapat layanan istimewa dari mereka. Untuk satu malam di Grand Borneo adalah RM255 including breakfast for two! Bayangkan berapa jumlah yang kami bayar?? 

Perjalanan untuk ke hotel mengambil masa selama 20 minit. Setibanya kami di hotel...kami di beri kunci bilik 925. Alhamdulillah walaupun kami sampai agak awal...bilik dah tersedia untuk kami melepaskan penat. Bilik di hotel ini cantik dengan susun atur yang menarik. Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman web mereka www.grandborneohotel.com. Apa yang tidak dimaklumkan dalam laman web adalah hotel menyediakan level khas untuk muslim, makanya bilik kami siap dengan kemudahan Al-quran dan sejadah. Tidak dilupakan selipar basah untuk berwuduk. Sejuk hati kami..... Lagi menarik tentang bilik kami adalah bilik airnya yang berkaca atau lebih mudah nak faham transparent atau see through! yeay!! best...Lagi tentang hotel yang menarik adalah staff-staff kat sini sangat lemah lembut dan sopan santun. Paling penting mereka sangat suka senyum. Pendek kata servis mereka terbaikk!!

Pasal sewa kereta pulak...setelah tiba di Sabah kami buat keputusan untuk sewa kereta menggunakan khidmat Rent-A-Car Company. Mereka mempunyai lesen HAWK...ini membuatkan kami sedikit rasa selamat. Tahap puas hati kami bertambah bila kereta tiba untuk kami dalam keadaan yang baru servis dan baru dicuci bersih. Almaklumlah kami akan bawa anak kecil....pre-condition mestilah tiada bau rokok, bersih dan kereta dalam keadaan baik. Alhamdulillah sekali lagi nasib menyebelahi. Untuk sewaan kereta mereka charge daily RM100 untuk Kancil, RM140 untuk Viva(A), RM180 untuk Wira (A) dan RM200 untuk Vios(A)....bolehlah check update di lawan web mereka eh. Harga biasanya boleh dirunding jika pinjaman melebihi sehari!!!