Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 9 August 2012

She is officially 3 yo.

Alhamdulillah....Marha genap 3 tahun semalam (8.8.2012 bersamaan 20 Ramadhan 1433H)
Cepatnya masa berlalu....anak ibu dah 3 tahun....macam baru semalam Marha dilahirkan...disusukan. Adoi rindu pula rasa nak beranak kecil lagi....insyaallah semoga Allah memakbulkan doa kami tahun depan Marha bolehlaa pikul tanggungjawab jadi kakak pula.

Semalam, sambutan sekadar kecil-kecilan di rumah....dengan topi princess, tiramisu cake, balloons dan ibu juga ayah.
Syukur nikmat Allah.

Apa yang menarik semalam....kejadian pagi 8.8.2012 segar di ingatan


Ibu: Happy birthday marha...today is ur birthday...u r 3!!
Marha: haaa???? yeay!! where's balloons, cake and present?
Ibu: Kita tunggu berbuka nanti ye...ibu doakan marha sentiasa cintakan Allah, al-quran dan sunnah. Berkasih sayang dengan semua...dan sentiasa dalam kebaikan. *sambil tadah tangan spontan
Marha: aminn...i want my present! *pon sambil tadah tangan
Ibu: bertuah! hahaaa.


Marha sangat-sangat cheeky...sesuai dengan namanya MARHA=periang NABILAH=bijaksana. Sangat kurang buat masalah, jarang menangis...ada je cara nak hiburkan hati semua orang walaupun dia dalam keadaan 'salah'. Hahaaaa. Ibu sayang kamu!

Pencapaian kamu sebagai anak berusia 3 tahun sangat memberangsangkan ibu. Semoga hati kamu sentiasa terang dalam menerima benda-benda baru dalam hidup ini. Ibu doakan kamu  tetap dalam cintakan Allah dan Rasulullah. Ikutilaa segala yang termaktub dalam Al-quran dan sunnah....insyaallah kamu akan menjadi anak ibu yang membantu ibu dan ayah ke syurga nanti. Marha....kehidupan hakiki kita di sana nak...jalanilaa kehidupan kamu sebagai seorang muslim sejati. Adeh macam wasiat pulak bunyinyaa....sayu bila teringat salah satu bekal untuk kita bawa mati adalah doa anak soleh dan solehah. Jika gagal ibu mendidik kamu, ibu terpaksa melalui azab yang pedih....ibu takut ke sana, ayah juga tidak mahu ke sana. Maka mari kita bantu satu sama lain, kita pilih SYURGA!! 

What's next? Ibu dah mula operasi mencari kindy/ tadika/ playschool yang sesuai untuk Marha.....Semoga usaha ibu dipermudahkan dan Marha akan seronok dengan persekitaran baru nanti....Maka dengan itu usaha mencari 'the best' untuk Marha bermulaaaa.....

Happy Birthday Marha!!!