Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 8 September 2011

Foods for BABY brain

Assalamualaikum
I am a big fan of Dr. Hamid Arshat eversince! hehe. He is our famous O&G specialist aka Pak Bidan  ...recall anything? Apa-apa penulis ingin berkongsi informasi yang penulis perolehi dari blog beliau. 
Rata-rata informasi kajian berkenaan pregnancy lebih mudah kita perolehi di laman web berbahasa inggeris. Di laman web seperti babycenter, momlitttleones, brightkids dan banyak lagi seorang ibu juga bakal ibu boleh peroleh pelbagai maklumat dari bagaimana meningkatkan kesuburan untuk hamil sehinggalah anak di peringkat kanak-kanak! Syukur pada Allah kerana Dr. Hamid Arshat telah mempunyai laman webnya sendiri. Macam-macam informasi perbidanan dalam bahasa melayu boleh kita peroleh. Tahniah doktor kerana berkongsi pelbagai rahsia secara percuma dengan kami, semoga doktor sentiasa dalam rahmat Allah selalu.

One thing captured my eyes, and I would like to share with uolls...it is foods for baby brain! These is some information I have extracted from his website:
1. Black seed
2. Extra Virgin Olive oil
3. Tofu
4. Fish (fillet)

Baiklah penulis akan ulas satu-satu supaya kita sama-sama boleh mencerapnya dan lebih mudah untuk mengamalkannya.

1. Black seed atau lebih dikenali sebagai Habbatus sauda'

Maksud hadis Nabi: 'Habbatus sauda' adalah ubat bagi segala penyakit melainkan mati'




Menurut Dr.Hamid, pengambilan habbatus sauda' digalakkan pada sebelum, sewaktu dan selepas kehamilan. Pengambilan di awal kehamilan boleh mengelakkan keguguran. Selain daripada pengambilan habbatus sauda' ketika hamil, pengambilan yang berterusan tidak kira jantina mampu mengekalkan tahap kesihatan yang optima.Habbatus sauda' juga mampu menggalakkan pengeluaran susu.Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda' menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Hasil Kajian Di Amerika, Nigella sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen. Di Jerman, minyak habbatus sauda' telah tersedia dalam bentuk kapsul di farmasi. Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahawa minyak kuno ini juga mujarab untuk mengubati segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteri dan antimikotis dari minyak habbatus sauda' yang merupakan ubat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama.

2. Extra Virgin Olive oil atau Minyak zaitun dara


3. Tofu atau Tauhu

Menurut Dr.Hamid, pengambilan tofu mahupun makanan berasaskan kacang soya membolehkan anak mempunyai kulit yang cantik. Tofu juga sangat disarankan pengambilannya sebagai salah satu punca sumber protein. Ibu yang mengandung digalakkan mengambil banyak protein untuk pembentukan otak bayi.

4. Fish (fillet)

Ikan adalah sumber protein yang mudah diserap oleh darah ibu seterusnya diangkut melalui tali pusat dipindahkan kepada bayi. Apa yang penting pada bermula 5 bulan kandungan dan ke atas Dr.Hamid menyarankan supaya ibu-ibu mengambil lebih protein termasuklah daging lembu, kambing, ayam, telur, susu, makanan laut dan pelbagai kekacang. 

Harapan penulis adalah informasi ini akan berguna kepada ibu-ibu mengandung di luar sana. Ini adalah antara langkah awal persediaan melahirkan generasi yang bijak pandai. Masyaallah maklumat sudah di depan mata, tinggal lagi bagaimana kita menggunakannya. Insyaallah kita berusaha Dia akan tentukan segalanya. Wallahu'alam.

1 comment:

  1. How to Play Baccarat | 2021 | Wrione
    It's quite simple, but 바카라 easy to learn with simple hands and stick hands. to playing 샌즈카지노 the baccarat card, to make it your งานออนไลน์ ideal card game

    ReplyDelete

Comment