Sekadar seronok berkongsi idea mematangkan, perjalanan hidup, keseronokan memasak dan kehidupan anak-anak
Showing posts with label Recipes of PASSION. Show all posts
Showing posts with label Recipes of PASSION. Show all posts
Sunday, 21 August 2011
Hari Mantai Part 2~ Merendang
Thursday, 4 August 2011
Ayam Percik
![]() |
| Tanpa gravy...belum dicurahkan |
Resepi ini asalnya penulis peroleh dari Myresepi.com tetapi telah diolah mengikut selera anak tekak sendiri. Tanpa tepung beras dan air asam jawa. Cara penyediaannya sangat mudah...jangan lupa cube ye!
Untuk seekor ayam yang dibelah empat. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Kisarkan 2 biji bawang putih, 1 biji bawang besar, 2 cm halia, 2 batang serai, 1 sudu kecil ketumbar, 1/2 sudu kecil jintan putih. Perapkan ayam bersama bahan-bahan yang dikisar selama 30 minit.
Kemudian masukkan ayam perapan bersama 11/2 cawan santan pekat dan cili kering (bergantung kepada tahap pedas yang disukai) di dalam periuk untuk dimasak sehingga ayam suku masak. Masukkan dalam oven dan dibakar selama 30 minit pada suhu 200 darjah celcius. Santan di dalam periuk perlulah dikacau sehingga mencapai kepekatan 'gravy' yang disukai. Oh ye, jangan lupa tambahkan garam dan gula sebagai penyedap rasa. Selamat Mencuba!!
Wednesday, 3 August 2011
Dates Cake with Caramel Topping
Resepi ini penulis peroleh dari rancangan Chef Selebriti bersama Ideal ~ Chef Anis Nabilah. Sempat jugalah menyalin dalam keadaan yang kocoh..hehe. Gambar menunjukkan 2 jenis topping berbeza, bak kata ibu saya: Kalau buat topping gambar yang atas tu, barulah kek tapi kalau topping gambar yang bawah ala-ala puding kek pon ada. hehe. Kalau nakkan topping cair gunakan susu Ideal dan sebaik-baiknya asingkan kek dan topping. Bila nak makan baru curahkan topping by plate. By the way, the taste of this cake was sooo marvelous! Worth try...i bet memang chedap! My daughter do like the cake...sweet like her!
Bahan yang diperlukan adalah 200g kurma (perlu direbus bersama 2 sudu kecil sodium bicarbonate~ untuk melembutkan kurma). 125g butter beku (tujuannya untuk jadikan kek berat). 1 cawan brown sugar. Pukul butter dan brown sugar sehingga kembang and fluffy. Barulah masukkan telur sebiji demi sebiji sebanyak 3 biji. Kemudian masukkan 11/2 cawan tepung gandum. Bila dah sebati baru masukkan kurma yang sudah dicincang mengikut rasa. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius, masak kek selama 45 minit dengan menggunakan teknik double boiler.
Topping menggunakan thickened cream
1 cawan brown sugar
300 mL thickened cream
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
60 g butter (chopped)
Topping menggunakan susu Ideal ala-ala puding
5 sudu butter
10 sudu besar brown sugar
500 mL susu Ideal
Selamat mencuba ye. Kek memang sedap!! Kami dah mencubanya....anda bila lagi???
Wednesday, 13 July 2011
Labu Masak Lemak
Bahan-bahannya:
1/2 biji labu (dikupas dan dibuang biji)
6 cawan santan cair
1 sudu besar ikan bilis
2 bawang kecil
sehelai daun kunyit (dihiris halus)
setangkai cili merah
Cara membuatnya:
- Tumbuk ikan bilis bersama bawang merah yang telah dihiris (jangan terlalu hancur)
- Didihkan santan bersama-sama ikan bilis dan bawang tadi dan masukkan daun kunyit
- Apabila mula mendidih masukkan labu
- Agak-agak labu hampir empuk, masukkan cili merah untuk mencantikkan lagi hidangan
Tuesday, 12 July 2011
Bubur Nasi~ our Fav!
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan beras
1 1/2 inci halia (dititik)
1 kiub pati ayam (option~dari resepi yang penulis perolehi)
1/4 ekor ayam
2 sudu besar rempah sup
1 liter air
sedikit garam
Cara membuatnya:
- Rebus ayam bersama air dan rempah sup sehingga ayam empuk. Keluarkan ayam, toskan airnya. Simpan airnya.
- Masukkan air rebusan ayam bersama beras.
- Bila bubur hampir masak, masukkan bahan-bahan yang lain
Sebagai hiasan: Gunakan lada merah, daun sup, minyak bijan, ikan bilis dan kacang goreng.
Saturday, 2 July 2011
Kuih Bakar ~ Kegemaran turun-temurun
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1 can santan- 450ml)
2 tbs butter
3 biji telur
1/2 tsp garam
colour hijau
Bijan
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan. Blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu minyak dalam loyang.
3. Panaskan loyang dlm oven. Bila minyak dah panas, masukkan
mixture kuih tadi , kemudian taburkan bijan.
4. Bakar dalam oven pada suhu 180oC sampai kecoklatan.
*Asalkan buat kuih bakar ni gambar tak dan nak amik dah lesap masuk perut..chedapp!! Nanti saya usahakan upload gambar ye. Buat sementara ni, sesiapa yang tak terbayang kuih bakar yang mana bolehlah google image 'Kuih Bakar'. Selamat mencuba!
Muffin Apple & Pecan
Bahan bahannya:
Bahan A
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh cinnamon powder
Secubit garam
Bahan B
1 cawan castor sugar
½ cawan corn oil
1 telur saiz besar
2 sudu teh lemon juice
1 sudu vanilla essence
Parutan 1 biji kulit lemon
2 biji apple saiz besar, potong dadu
1 cawan corn flakes, diramas kasar (coarsely crushed)
1 cawan pecan goreng
Cara membuatnya:
- Ayak semua bahan A. Ketepikan
- Sebatikan semua bahan B.
- Bahan B dicampur dan disebatikan dengan bahan A.
- Masukkan apple, corn flakes dan pecan goreng.
- Masukkan campuran ke dalam acuan hingga 2/3 penuh (spread evenly).
- Bake in preheated oven at 180oC for 20-25 minutes or lightly brown.
- Cool on wire reck.
Friday, 15 April 2011
Kek Lapis ~ Holiday Inn
![]() |
| Photo courtesy of Google image |
Assalamualaikum...ini adalah antara resepi yang saya perolehi kakak ipar saya. That's the reason why recipe ni agak oldies skit sebab die gunakan gelas kecil dan tin susu (tiada timbangan), heehee. Kakak ipar saya memang pandai buat kek lapis...sedap dan cantik pula tu! Sesiapa nak try buat kek lapis bolehlah cuba buat......oldies way!!!
Bahan:
10 biji telur
16 oz butter (buttercup/ farmcow)
2 gelas kecil biskut marie (blend jadi serbuk tepung ~ hancur)
1 sudu kecil ovalate
2 gelas kecil gula halus
1 tin horlick
1 tin milo
pewarna coklat dan merah (2 warna untuk dua perasa ~horlick dan milo)
Cara-cara:
- Pukul gula dan butter sampai kembang (warna putih gebu)
- Masukkan telur satu persatu (buang pusat telur ye supaya tak hanyir dan basuh telur sebelum pecahkan).
- Kacau rata-rata. Masukkan serbuk tepung marie sikit demi sedikit diikuti dengan ovalate.
- Bahagikan acuan kepada 2 bahagian (tetapi asingkan 2 cawan acuan asal tanpa pewarna untuk lapisan atas dan lapisan bawah kek lapis)
- -------Masukkan horlick dalam adunan 1 dengan pewarna warna merah
- -------Masukkan milo dalam adunan 2 dengan pewarna coklat
- Mulakan dengan 1 cawan acuan asal untuk jadikan lapisan paling bawah diikuti dengan adunan berwarna berselang seli sehingga acuan berwarna habis (standardkan acuan dengan sukatan satu cawan setiap lapisan). Last sekali lapiskan 1 cawan acuan asal untuk jadikan lapisan paling atas pula.
- Untuk lapisan bawah bakar 180 celsius selama 10-15 min (guna api bawah). Untuk lapisan warna warni sehingga lapisan paling atas gunakan api atas sahaja. Selesai semua lapisan masukkan semula ke dalam oven dan bakar gunakan api atas bawah selama 30 min.
Monday, 21 March 2011
Raspberry with hazelnut Tart
Assalamualaikum...kepada semua yang minta resepi! nah ini dia...selamat mencuba semua!! Actually nama resepi nih adalah Tat Linzer yang saya olah dari sebuah buku resepi lama (Pengarangnya berbangsa cina), tapi untuk kesesuaian dan menepati citarasa anak tekak sendiri...ada ingredients yang saya ubah dan tambah! hehe. Tapi memang sedap untuk dijadikan hidangan minum petang......
A 150 g Butter
100 g icing sugar
B 1 egg
1/2 lemon zest, grated
C 250 flour
100 g ground hazelnut
pinch ground cinnamon
Filling - Raspberry jam (bake-able jam)
Methods:
- Mix (A) until well blended. Add in (B) and cream until smooth.
- Add in (C) and mix until well incorporated. Place it in refrigerator for 30 mins until firm.
- Take the pastry from fridge and knead it lightly until smooth.
- Roll it until 3mm thickness. Line a greased 9-inches pie mould with the rolled pastry.
- Spread raspberry jam at the center.
- Roll the trimming pastry for 2 mm thickness. Cut into strips about 1 cm wide. Place them on top of the jam to form a lattice pattern.
- Egg wash the pastry and bake at 190 celcius, for 30 mins or until golden brown.
Tuesday, 15 March 2011
Roasted Chicken ~ my version
| Yummy..yum..yum |
3 quarters part of chicken
5 tbsp black pepper sauce (HP or Heinz, suggested)
5 bay leaf
1 tbsp thymes
1 tbsp grind black pepper
3 tbsp olive oil
3 tomatoes
1 carrot
1 clove of garlic
1 onion
2 celeries
1 tsp salt
Step by step: (Saya akan tulis dalam bahasa melayu ye..per requested)
- Bowl 1: Potong tomatoes dan onion kepada 4 bahagian (vertically and horizontally). Potong celeries dan carrot ikut kemahuan.. Garlic tu cuma potong atas dan bawahnya...tanpa buang kulit dan pisahkan dari clove shape.
- Bowl 2: Gaulkan bahan-bahan yang lain (kecuali olive oil dan salt) di dalam bekas yang lain dan gaulkan bersama ayam yang sudah dibasuh bersih.
- Taburkan bahan Bowl 1 di dalam bekas yang akan dimasukkan ke dalam oven (oven pan or oven safe containers). Letak dan susun ayam-ayam di atas sayur-sayuran tadi. Kemudian, tuangkan sauce di dalam Bowl 2 tadi ke atas ayam. Lastly, pour olive oil and salt onto the chicken!
- Bakar dalam oven selama 45-55 minit pada suhu 220 celcius (api atas dan bawah).
For gravy: After 45-55 minutes or which cooked first...Keluarkan ayam-ayam tadi ke dalam pinggan hidangan. Smash clove of garlic, tomatoes and onion...add on apple vinegar (about 1/2 cup), grind black pepper and salt to oven pan. Reduce oven temperature to 190 celcius for 20 minutes.
Subscribe to:
Posts (Atom)








