Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 22 June 2011

Akibat penggunaan alatan berasaskan BPA

Dalam post yang lepas telah saya nyatakan apa itu BPA dan beberapa fakta berkenaannya. Satu lagi fakta yang tidak diketahui atau kurang kesedaran akibat penggunaan barangan berasaskan BPA ialah menjejaskan fungsi seksual kaum lelaki atau dengan istilah lebih mudah kejadian lelaki lembut yang menular pada masa kini.
Saya sangat tertarik dengan kenyataan yang diberikan oleh Profesor Madya Dr. Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam majalah kesihatan iSIHAT:
“BPA dan Nonylphenol mampu menjejaskan kesihatan manusia tidak kira jantina kerana kehadiran bahan kimia ini akan mengganggu kestabilan hormone. Namun kesannya lebih buruk kepada lelaki kerana kandungan molekul dari BPA amat mirip dengan hormone tubuh wanita iaitu estrogen”
Tegasnya lagi “Kehadiran hormone wanita tiruan di dalam badan lelaki akan merendahkan penghasilan testosterone sehingga mungkin menjadikan golongan yang terkenal dengan sifat gagah ini mengalami masalah kesihatan berhubungan dengan keupayaan fungsi seksualnya dan sedikit menjejaskan tingkah lakunya”
Kes 1
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat ke atas Tasik Apopka dekat Florida. Pengkaji mendapati buaya jantan di tasik ini terdedah kepada pencemaran bahan plastic (BPA) akibat daripada pembuangan plastic secara tidak terkawal di kawasan sekitar tasik ini. Buaya jantan di Tasik Apopka ini telah didapati mengalami pengecilan organ pembiakannya dan bertukar secara perlahan-lahan menjadi buaya betina! Kenyataan ini sangat membimbangkan para saintis dan berlaku kemungkinan bahawa fenomena ini mampu menyalar ke dalam kehidupan manusia juga jika penggunaan barangan berasakan BPA tidak dikawal dengan cepat dan berkesan.
Kes 2
Kajian yang dilakukan di Jepun ke atas sebuah tasik yang mengalami pencemaran teruk industry plastic pula mendapati ikan Koi yang hidup di dalam tasik ini mengalami nasib yang sama dengan fenomena yang berlaku di Tasik Apopka. Kebanyakan ikan Koi yang hidup di dalam tasik ini adalah betina, termasuklah anak-anak ikan yang baru menetas juga adalah betina.
Kes 3
Kajian yang dijalankan pada tahun 1999 ke atas manusia juga membuktikan kerakusan akibat BPA. Pendedahan badan manusia terhadap BPA mendapati kaum lelaki yang terdedah pada BPA berubah tingkah laku dan tahap kelembutannya yang mirip kea rah kewanitaannya. Walau bagaimanapun ujian ke atas manusia ini melibatkan penelitian terhadap factor-faktor seperti gen, usia, persekitaran dan pelbagai lagi.
Kesimpulannya di sini, mulai sekarang elakkan minum dan makan di dalam bekas yang berunsurkan plastic. Janganlah kerana tertarik kepada botol-botol yang berwarna-warni kita lupa bahawa kesan penggunaan barangan berasaskan BPA ini sangat bahaya. Beralihlah kepada botol tahan keluli (stainless steel) atau botol kaca. Jangan sekali-kali memanaskan makanan menggunakan barangan plastic di dalam gelombang mikro kerana BPA mampu dirembeskan apabila didedahkan pada suhu tinggi. 

Tuesday 21 June 2011

Amalan ketika mengandung

"Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mengurniakan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan." (Hadis Sahih)

Sebagai Islam, ini antara surah-surah yang digalakkan untuk ibu-ibu mengandung amalkan:
  1. Surah Al-Fatihah- Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan
  2. Surah Maryam- Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
  3. Surah Luqman- Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa
  4. Surah Yusuf- Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak
  5. Surah Hujurat- Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
  6. Surah Yasin- Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  7. Surah At-Taubah-Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat
  8. Surah An-Nahl- Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
Berikut adalah antara hadis sahih dan difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Qur'an berkenaan dengan wanita hamil dan melahirkan anak:
"Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti berpuasa pada siang hari."
"Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti beribadat pada malam hari."
"Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah akan mengurniakan satu pahala haji."
Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid di jalan Allah.

Wednesday 15 June 2011

BUAH konvensional, organik atau ubahsuai genetik???

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PENDAHULUAN   Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Baru-baru ini saya dapat satu maklumat dari seseorang. Dia menyatakan bahawa nombor yang ada pada label buah-buahan yang diimpot itu ada maknanya. Menurutnya lagi, jika penghujung nombor itu angka ganjil, maka buah itu manis rasanya. Saya pun melakukan kajian lanjut dan kongsikan di sini apa yang saya temui. Selamat membaca. Semoga bermanfaat.   

RAHSIA NOMBOR KOD PADA LABEL BUAH-BUAHAN   Sama ada anda membeli buah-buahan impot di pasaraya atau di gerai tepi jalan, anda mungkin sudah nampak bahawa pada buah tersebut ada dilekatkan sekeping label yang mempunyai nombor kod sama ada empat digit atau lima digit. Berikut adalah contoh kod dan maknanya:   3017 = Pear, konvensional, tidak organik 4454 = Jeruk, konvensional, tidak organik 84032 = Semangka: konvensional, tidak organik, dan modifikasi genetik 84011 = Pisang, konvensional, tidak organik, dan modifikasi genetik 94011 = Pisang, organik 93308 = Semangka, organik   Sebenarnya label kecil yang dilekatkan pada buah-buahan memberikan maklumat yang berguna kepada kesihatan. Dengan mengetahui maknanya, maka kita dapat mengenalpasti sama ada buah itu penuh racun serangga dan ditanam menggunakan baja berasas petroleum atau baja organik, hatta sama ada buah itu telah dimodifikasi secara genetik.   

SISTEM PELABELAN   Kod-kod ini digunakan bukan hanya kepada buah-buahan tapi juga sayur-sayuran, herba dan kekacang, walaupun kebiasaannya label dilekatkan hanya pada buah-buahan. Ianya mengandungi nombor empat digit atau lima digit. Sistemnya mudah saja. Buah-buahan terbahagi kepada 3 kelas: 
(1) konvensional 
(2) organik 
(3) ubahsuai genetik.   
Semua buah-buahan empat digit adalah konvensional. Maknanya, jika anda tidak nampak digitnya yang kelima, maka bolehlah diandaikan bahawa buah itu telah dicemari oleh racun serangga dan baja berasaskan petroleum, dan pokoknya ditanam di atas tanah yang tidak subur.   Kod lima digit adalah kod empat digit yang ditambah dipermulaannya dengan angka 8 atau 9. Sekiranya angka pertama dari lima digit itu ialah 9, maknanya pokok buah-buahan itu telah ditanam dengan piawaian yang ditentukan oleh Lembaga Piawaian Organik Kebangsaan (National Organic Standards Board). Ini adalah ciri yang lebih selamat untuk buah-buahan yang ditanam secara konvensional.   Sekiranya angka pertama dari lima digit itu adalah angka 8, maknanya buah itu adalah dari jenis yang telah diubahsuai secara genetik. Jelasnya, pokok buah itu telah ditanam secara konvensional dengan racun di tanah yang tidak subur, menggunakan benih yang telah diubahsuai genetiknya.   

Untuk lebih faham, kita ambil contoh sebiji oren Valencia. Kodnya ialah 4014. Sekiranya kodnya ialah 84014 maka ia adalah oren Valencia yang telah diubahsuai genetiknya. Jika kodnya 94014 maka ia adalah oren Valencia yang ditanam secara organik.   Secara umumnya, empat digit maksudnya buah-buahan itu dicemari oleh berbagai jenis racun dan ditanam di atas tanah yang tidak subur. Lima digit, angka pertama ialah 8, maksudnya buah itu telah diubahsuai genetiknya, atau dalam ertikata lain, ia mengandungi gen (genes) yang tidak asli. Lima digit, diawali angka 9, maknanya buah itu ditanam mengikut piawaian organik, dan inilah jenis buah yang lebih selamat untuk dimakan berbanding buah yang ditanam secara konvensional, atau yang telah diubahsuai genetiknya.   Peringatan: Jika kod pada buah-buahan itu adalah lima digit, maka perhatikan dengan teliti angka awalnya. Jika angkanya 8, maka jangan dibeli. Lebih baik buat bantahan kepada pasaraya kerana menjual buah-buahan yang bahaya kepada kesihatan.   Rencana asal oleh Heidi Stevenson, BSc, DIHom, FBIH, Fellow, British Institute of Homeopathy   

KESIMPULAN   Maklumat yang menyatakan bahawa jika digit terakhir adalah ganjil maka buah itu manis sementara jika digit terakhirnya genap maka ia kurang manis, adalah maklumat yang tidak benar. Manis atau tidaknya buah-buahan itu tiada kaitan dengan nombor kod pada labelnya. Tapi jika nombornya lima digit dan angka pertamanya adalah ganjil (9), maka itulah buah-buahan yang paling selamat untuk dimakan. Anda juga tentu faham bahawa buah-buahan yang punya nombor kod lima digit dan angka pertamanya ganjil (9) sepatutnya merupakan buah yang paling mahal harganya jika dibandingkan dengan buah yang punya nombor kod empat digit, atau kod lima digit tapi bermula dengan angka 8.

Informasi ini saya peroleh dari Facebook hasil daripada 'share' and 'reshare'. Dinyatakan di situ artikel ini daripada Hibatullah Yusof Al-haj (Terima kasih di atas artikel yang berguna ini, izin untuk berkongsi)