Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 17 April 2011

Sabah Adventures!!!!!

Alhamdulillah tiket ke Kota Kinabalu telah berjaya di tempah oleh suami tercinta.....TQ darl!
Kami akan menaiki penerbangan MAS Airline dan menginap di Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu selama seminggu!!!
Depart : KL-KK ~ 17 April 2011 - MH 2612
Arrive  : KK-KL ~ 23 April 2011 - MH 2613

Photo courtesy of Google image
Sebelum memulakan 'our adventure', kami dah pun study beberapa perkara tentang Sabah! Banyak info yang kami perolehi dari www.sabahtourism.com. Terima kasih kepada laman sesawang ini!! Makanya kami decide untuk adventure kali ini adalah terokai Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau, Tuaran dan Tambunan. Kalau berkesempatan kami akan ke Tenom....will see! Diharapkan perjalanan kami dipermudahkan dan semua perancangan akan berjalan dengan lancar....waaaaweeeiii!!!

Tentatively kami akan sewa kereta dari Borneotrails...kami memilih company ini sebab mereka mempunyai Licence from HAWK Malaysia. Kami akan sewa Kelisa (A) dengan harga RM140 daily!!! Ada banyak lagi jenis kereta dengan harga yang berbeza untuk disewa...Saya akan update tahap kepuasan untuk dikongsi bersama eh. 

Tempat-tempat yang kami harap berjaya lawati dengan tahap keseronokan maksimum....apa yang paling penting Marha akan seronok!


  1. Lok Kawi Wildlife Park
  2. Aquarium & Marine Museum
  3. Kipandi Butterfly Park
  4. Tamu Market
  5. Signal Hill Obsevatory Platform
  6. Handicraft Market
  7. Tunku Abdul Rahman Park
  8. Poring Hot Spring
  9. Kinabalu Park
  10. Tuaran Crocodile Farm
  11. Sabah Agriculture Park
Okie dokie....Sekembalinya dari sabah, barulah saya update segala-galanya ye. Tungguuuu....

Friday 15 April 2011

Kek Lapis ~ Holiday Inn


Photo courtesy of Google image

Assalamualaikum...ini adalah antara resepi yang saya perolehi kakak ipar saya. That's the reason why recipe ni agak oldies skit sebab die gunakan gelas kecil dan tin susu (tiada timbangan), heehee. Kakak ipar saya memang pandai buat kek lapis...sedap dan cantik pula tu! Sesiapa nak try buat kek lapis bolehlah cuba buat......oldies way!!!

Bahan:
10 biji telur
16 oz butter (buttercup/ farmcow)
2 gelas kecil biskut marie (blend jadi serbuk tepung ~ hancur)
1 sudu kecil ovalate
2 gelas kecil gula halus 
1 tin horlick
1 tin milo
pewarna coklat dan merah (2 warna untuk dua perasa ~horlick dan milo)

Cara-cara:

  1. Pukul gula dan butter sampai kembang (warna putih gebu)
  2. Masukkan telur satu persatu (buang pusat telur ye supaya tak hanyir dan basuh telur sebelum pecahkan).
  3. Kacau rata-rata. Masukkan serbuk tepung marie sikit demi sedikit diikuti dengan ovalate.
  4. Bahagikan acuan kepada 2 bahagian (tetapi asingkan 2 cawan acuan asal tanpa pewarna untuk lapisan atas dan lapisan bawah kek lapis)
  5. -------Masukkan horlick dalam adunan 1 dengan pewarna warna merah 
  6. -------Masukkan milo dalam adunan 2 dengan pewarna coklat
  7. Mulakan dengan 1 cawan acuan asal untuk jadikan lapisan paling bawah diikuti dengan adunan berwarna berselang seli sehingga acuan berwarna habis (standardkan acuan dengan sukatan satu cawan setiap lapisan). Last sekali lapiskan 1 cawan acuan asal untuk jadikan lapisan paling atas pula.
  8. Untuk lapisan bawah bakar 180 celsius selama 10-15 min (guna api bawah). Untuk lapisan warna warni sehingga lapisan paling atas gunakan api atas sahaja. Selesai semua lapisan masukkan semula ke dalam oven dan bakar gunakan api atas bawah selama 30 min.

Thursday 14 April 2011

Penangan 'Hantu Kak Limah'

Sejujur-jujurnya saya begitu jarang menonton filem melayu. Apatah lagi sejak pemergian arwah Yasmin Ahmad. Saya sukakan filem yang memberikan impak dalam kehidupan...kalau tidak pun yang boleh buat saya berfikir ketika menontonnya. Berbeza dengan filem Hantu Kak Limah balik rumah (HKLBR), ketika adik bongsu saya telah membawa pulang CD dan menontonnya sendirian sambil tergelak-gelak membuatkan saya tertanya 'Apa yang menarik sangat sampai pecah perut dia gelak?' Lalu adik saya sarankan untuk saya tonton filem ini. 'Ini filem pecah panggunglah akak!'. Okay...saya pun membuat keputusan untuk menontonnya. 

Babak Awie bertanyakan Kak Limah 'Tak tengok AF ke Kak Limah??' Buat saya tersenyum sendiri. Bayangan saya adalah filem ini akan punyai jalan cerita yang ringan dan mudah untuk difahami. Tekaan saya memang tepat! Selain ringan dan mudah...plot cerita juga banyak unsur humor dan sedikit sindiran...i loike!



Saya rasa kebanyakan dari kita tidak pernah pun mendengar lagu ini. Kalau ada pun yang pernah mendengar lagu ini sudah tentunya anda memang sangat meminatinya. Bagi sesiapa yang baru mendengar lagu ini, sebenarnya tajuk lagi adalah Middle of the Road by Soley soley and first promo on 1962!! This song is now highly ranked in Malaysia due to Hantu Kak Limah Movie! Bagi sesiapa yang pernah menonton Hantu Kak Limah, bilamana lagu ini berkumandang tentu-tentu akan terikut-ikutkan Johan menyanyikan lagu ini....


Antara skrip yang begitu ringan di mulut penonton-penonton yang sudah menonton filem HKLBR! 
Skrip Musalman 'Kita bako je! kita bako!' dan 'Siapa setuju angkat tangan macam sayeee!' 
Skrip Kak Limah 'Enjit-enjit semut....'

Tahniah kepada Mamat Khalid dan Tayangan Unggul! Selepas Filem Zombi Kampung Pisang, Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tidak mengecewakan dan sangat berjaya memenangi hati peminat filem Malaysia!

1st class infrastructure, 3rd class mentality


Pengalaman pahit sambut anak pertama di Hospital Serdang 
Izhar Serdang, Selangor (13 April 2011)

Satu lagi kisah benar yang berlaku di Hospital Kuala Lumpur: Seorang pakcik tua dilayan dengan kasar dan kemuadiannya nurse itu berkata 'Ini bukan spa hendak dilayan lemah lembut ye!'. Bayangkan.....inikah nurse yang berikrar dalam JANJI KAMI sebagai salah seorang warga KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA?

Dah baca artikel dalam utusan malaysia di atas...sakit hati? geram? menyampah? Semua perasaan buruk yang tidak sepatutnya ada pada orang yang memberikan kita bantuan di hospital akan muncul tiba-tiba kan?? Orang yang saya maksudkan di sini dikenali sebagai NURSE. Buat pengetahuan semua, isu nurse garang, cengel atau tidak mesra pesakit adalah isu berbangkit! Ini berlaku juga pada ibu saya di Hospital Seremban ketika melahirkan saya 27 tahun yang lalu! Kenapa masalah ini masih lagi kekal dalam jiwa seorang nurse? Bukankah mereka telah berjanji dalam JANJI KAMI? Maknanya nurse-nurse ini tidak menunaikan janji mereka....maka jawablah nanti DI SANA.

Nurse bagi saya adalah satu bidang tugas yang sangat mulia. Ini disebabkan peluang dan kebolehan mereka ditunjukkan melalui bantuan yang diberikan kepada pesakit...PESAKIT (orang yang berada dalam keadaan kurang upaya untuk membuat aktiviti seperti biasa!). Maknanya pesakit perlu diberi layanan dengan senyuman, lemah lembut...pendek kata dengan emosi yang positif! Puas sudah kerajaan membuat kempen-kempen supaya pekerja-pekerja awam mesra pelanggan. Salah satu daripadanya ialah BUDI BAHASA BUDAYA KITA. 'Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa'.

Sekarang dah 2011! 5 tahun sudah pun berlalu tanpa keputusan yang jitu cuma persis! Pada pendapat saya nurse-nurse mungkin tidak jelas tentang kempen ini kerana tidak disenaraikan di antara 7 Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa. Ini menyebabkan mereka merasakan selama ini mereka sememangnya berbudi bahasa! Sedih betul bila memikirkan kenapa nurse hospital kerajaan bersikap negatif terhadap pesakit. Bukan saya cuba mengangkat martabat private hospital tapi kenyataan dah sememangnya begitu. Sepanjang pengalaman saya mendapatkan khidmat dari Private Hospital sangat-sangatlah berbaloi. 

Pengalaman bersalin di Hospital An-Nur Bandar Baru Bangi dan membuat follow-up dengan Paeds di sana setakat ini masih lagi baik dan saya sangat puas hati. Alhamdulillah. Nurse di hospital ini langsung tidak lokek memberikan senyuman...malah cepat menghulurkan bantuan bila mana diperlukan. Iye memang betul, duit pun akan mengalir macam air kalau mendapatkan khidmat di private hospital! Ini hakikat pada kita-kita yang mampu dan ada alternatif lain!!!! Bagaimana dengan golongan sebaliknya?? Lagi-lagi pada golongan pekerja awam yang pencen dan sepanjang perkhidmatannya mereka telah membayar cukai....sedarkah nurse, duit inilah digunakan untuk membayar gaji kamu??? Kenapa kamu layan mereka seperti mereka ini tidak menyumbang apa-apa???

Maafkan saya jika kenyataan saya ini berat kepada tidak puas hati dengan mutu khidmat nurse di hospital kerajaan...Amat susah untuk saya nyatakan hanya segelintir yang begini, ini kerana rata-rata complain yang saya dengar dari kawan-kawan saya, kawan-kawan ibu saya, kawan-kawan jiran saya dan dari semua yang saya kenal acap kali menyatakan betapa negatifnya nurse di hospital kerajaan!!! Buat nurse sekalian....Tolonglah ubah sikap anda dan bekerjalah dengan integriti juga ikhlas! Kerja anda sangat mulia!!!!



KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

LOGO
Latar Belakang Putih
Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.

Sentuhan di Hati
Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

Hati Berwarna Merah
Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
Tangan

Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.
Nilai-nilai Teras
Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.

MOTO

Kami Sedia Membantu
Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai
satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan
secara profesional.
Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

NILAI-NILAI TERAS

Penyayang
Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Profesionalisme
Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.

Kerja BerpasukanKami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

JANJI KAMI

Kami Sedia Membantu
Kami Komited terhadap keperluan anda
Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.
Kami melaksanakan apa yang dirancang
Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.
Kami berdedikasi terhadap tugas
Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.

KOMITMEN KAMI

Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.
Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.
Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.

IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM

Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:
• Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;
• Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;
• Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;
• Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta
• Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.


UP ~ more than a cartoon, up is an ongoing life lesson


Sedang saya terbuai menonton cerita kartun bertajuk 'UP' bersama Marha, saya berikrar akan buat review tentang cerita ini di blog, dengan harapan saya tidak akan terlupa bahawa cerita ini memberikan satu inspirasi dan kesan terhadap kehidupan saya sekarang dan akan datang! Saya juga terfikir ingin membuat koleksi komen-komen terbaik berkenaan kartun ini...

Buat 5 minit pertama tayangan cerita ini sudah cukup menggambarkan betapa sayangnya Carl pada Ellie her wifey!! Ikrar perkahwinan, berkongsi susah dan senang, ketiadaan anak tidak langsung menggugat cinta Carl pada Ellie....malah kasih sayang Carl bertambah dengan janji rumah itu akan terbina seperti yang dijanjikan dalam adventure hidup mereka sebagai suami isteri. Kehidupan Ellie yang singkat, langsung tidak mematahkan semangat Carl untuk menunaikan impian Ellie!

Kedatangan anak kecil bernama Russell, seorang pengakap yang begitu gigih mendapatkan lencana terakhir sepanjang perkhidmatannya sebagai pengakap nyata memberi kesan terhadap hidup Carl. Carl yang dahulunya terlalu memikirkan dirinya sendiri dan tidak mahu ada perubahan dalam hidupnya...akhirnya mendapat satu sinar baru dalam hidup setelah melalui adventure bersama dengan Russell the Pengakap!! hehe.

Di sepanjang ketiadaan Ellie, Carl menjaga memori mereka bersama seperti mana Ellie tidak pernah pergi dalam hidupnya...arghhh mengalir air mata saya! Kepada para suami..hargailah dan sayangilah isteri anda sementara ada dan seadanya, begitu juga pada para isteri. Memori yang dilalui bersama akan menjadi kekuatan untuk menghadapi kesukaran yang akan datang...insyaallah. My dear hubby: Let's sails our life journey while sharing happiness and hardship and grow old together! I love you!!


Up is a visual knockout, its emotional pull is what makes it soar. The love affair between Carl and Ellie is rendered lovingly in a five-minute sequence that sums up their relationship, showing us their hopes and dreams, some of them realized, some of them not, with the constant being the unfailing love they have for each other. If you don’t shed a tear or two during this sequence, wait until Carl looks once more at Ellie’s book of memories after his adventure is on the rocks. There’s a revelation inside that provides perspective for the widower — and us — that’s as profound as anything you’ll see in a film this year. In the end, Up reminds us that as long as we are breathing, life holds the opportunity for countless adventures, some of the most profound being the ones we don’t realize are occurring right before our eyes. Do yourself a favor — get a box of tissues and go see Up, the best film of the year. by Chuck Koplinski. 

I'm a teacher and a grandmother.  My grands (2 & 4) looked at "UP" a number of times:  it's one of those exquisite movies so fine-tuned that every element of plot works.  There are no loose ends in "UP".  My children and I have unplugged cable TV because of trashy programs.  We don't view trashy movies either.  We are devout Christians and we know the secular world has an agenda to destroy today's youth.  There could be no other reason for showing filth. As a baby-boomer I can easily see the difference in what  I used to watch as a kid, and what's playing now. Cartoons have gone from the satire of" Bugs", and "Rocky "to violence and sex.  Hollywood has gone to hell.    (Well, it's always been there, but they don't make a pretense anymore)  But once and awhile, something good comes along like "Finding Nemo", "Veggie Tales" and "UP".  God Bless these honest and good people: it restores your faith in humanity. by Joanne.

Monday 11 April 2011

Kahwin untuk apa?



Temubual: Zakaria Sungib bersama Dr. Shafie Md Amin Al-Hafiz   Sesetengah wanita hari ini yang tidak dapat merasakan ‘mahalnya’ sebuah perkahwinan. Malah semacam takut untuk berkahwin. Kurang yakin berkahwin itu membahagiakan dan dapat beri ketenangan. Lalu hati kecilnya bertanya, “Kahwin untuk apa?” Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz mengulas kemelut ini.   Kahwin dilihat banyak timbulkan masalah, menyebabkan ada wanita yang rela tidak berkahwin. 


Dalam hidup ini, kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah bersabda, ‘Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.’ Dengan mengikut sunnah Rasulullah dalam berumah tangga, ia akan melahirkan ketenangan. Kita jangan tengok secara negatif, kita kena tengok yang positif. Bukanlah perkahwinan itu yang menyebabkan masalah tapi cara melaksanakannya.   Sebenarnya tak kahwin itu menyebabkan tidak tenang. Kalau Allah kata dengan berkahwin dapat ketenangan, Allah akan beri. Apa yang wanita selalu takut bila hendak kahwin? Takut risiko tidak dapat suami yang baik. Sebenarnya itu risiko kedua. 


Risiko pertama, celik mata saja kita tidak dapat berhubung, tidak dapat mengingati Allah.   Bila kita berhubung dengan Allah sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga).Kalau tak berhubung dengan Allah, syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama.   Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah datangkan istidraj… kadang-kadang Allah beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah. Ini formula yang tak boleh dilanggar.   


Ada wanita yang belum kahwin-kahwin sebab “Belum ada jodoh” atau “Susah nak cari calon, maklumlah kita ni orang perempuan.” Apa jalan keluarnya?   Saya kata, you pinanglah orang lelaki! Perkara ini tidak salah. Siti Khadijah dulu pun pinang Rasulullah. Buatlah dengan cara yang betul, seperti melalui orang ketiga. Soalnya, macam mana usaha yang dibuat untuk dapat jodoh itu?   Usaha ada dua aspek. Usaha nombor satu, hablumminallah. Kita baik dengan Allah dulu. Kenal pasti apa yang Allah suka. Lepas menyerahkan diri dengan Allah iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kita dirikan solat. 


Solat biar yang betul-betul diterima Allah.   Betul rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbinya. Kalau hendak tahu sama ada Allah terima atau tidak solat kita, lihat tindak-tanduk kita. Kita pun boleh rasa solat kita lalai atau tidak. Bila kita baik dengan Allah, kita minta pun dengan Allah. Allah Ta'ala akan pandu dalam usaha kita. Allah beri panduan. Allah tidak akan menganiayai kita. “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya kamu tetapi kamulah yang menganiaya dirimu sendiri,” maksud firman Allah.   Jadi usaha mesti dengan Allah dulu. Barulah kita boleh lakukan perubahan dalam hidup kita. Kita kena muhasabah. Kalau berlaku sesuatu pada diri kita, semak dulu macam mana diri kita dengan Allah. Dalam membuat keputusan, kita susah hendak nilai. 


Kita terlalu lemah. Kadang-kadang kita ikut luaran saja, sebab itu tersalah pilih pasangan.   Dalam soal ini, Allah kata, ‘Kau perlukan Aku’. Buatlah istikharah supaya dapat calon pilihan yang terbaik, yang boleh melahirkan kehidupan dan zuriat yang baik.   Ada wanita yang rasa rendah diri dan putus asa untuk kahwin sebab pernah dianiaya. “Dulu orang buat saya, orang sihir saya,” luahnya.   Kita jangan risau sangat apa yang orang hendak kenakan pada kita. Kalau kita baik dengan Allah, Allah tidak akan aniaya kita. Sebab itu asas tauhid sangat penting. Asas tauhid adalah asas untuk kenal siapa Allah – Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kaya… segala perbendaharaan berada di tangan-Nya.   


Maknanya, segala jodoh yang baik ada di tangan Allah. Allah juga Maha Pemurah. Jadi kalau kita ‘kawan’ baik dengan Allah, apa yang kita hendak bimbangkan? Sebab Yang Paling Kuat ada di sisi kita. Kita tak perlu takut dan bimbang. Mintalah supaya Allah pandu kita. Allah hanya akan memandu orang yang beriman.   Bila hendak pilih jodoh, kita perlu merisik. Apa yang hendak dirisik?   Perkara pertama untuk kenal calon pasangan, selidik solatnya. Macam mana solatnya. Kemudian risik sama ada mengaji Quran atau tidak, dan lain-lain perkara asas.   Bagaimana kalau dia jaga solat tapi akhlaknya kurang atau dia buat perkara-perkara yang tak sepatutnya?   Saya pernah ditanya oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah NGO. 


Mereka buat kajian masalah keluarga di dalam masyarakat. Dia tanya, ‘Doktor rasa apa punca timbulnya masalah keluarga ini?’ Kata saya, ‘Senang saja. Puncanya mereka tidak solat.’ Dia terperanjat kerana berdasarkan kajiannya, 50 peratus dari keluarga yang terlibat adalah orang yang tahu agama. Orang yang solat.   Ini bukan saya yang cakap tapi Rasulullah yang kata: Siapa yang solat yang solatnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, sesungguhnya dia tidak solat. Atau dalam hadis lain disebut, sesungguhnya dia bukan semakin hampir dengan Allah tapi bertambah jauh dari-Nya.   


Jadi konsep solat adalah ‘mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’. Kita berikrar pada Allah lima kali sehari bahawa ‘hidupku, matiku… hanya untuk Allah’ tapi bila keluar dari solat, kita buat perkara yang tidak selari dengan ikrar kita. Sebab itu Rasulullah kata, kita sebenarnya tidak solat.   Solat sebenarnya dapat pastikan kita buat amal soleh, punca ketenangan. Jadi dalam memilih calon pasangan, pertama buat istikharah, kedua selidik. Selidik biar betul-betul, jangan sambil lewa.   Wanita bagaimana yang menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan pasangan hidup?   Sebenarnya lelaki berkehendak kepada wanita solehah. Sebab wanita solehah inilah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. Menyejukkan pandangan mata. Untuk memilih calon isteri, manusia memang sukakan kecantikan tapi nombor satu mesti agamanya.   


Agamanya itu yang akan cetuskan ketenangan. Bukan saja lawa fizikal tapi lawa juga akhlaknya. Lawa yang berkekalan adalah akhlak – itu yang menyejukkan pandangan mata dan hati. Sebab kita hendak tengok dia bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi sepanjang usia perkahwinan.   Cuba tanya pada orang yang berkahwin, kenapa kahwin?   Pernah tak orang jawab, saya kahwin kerana Allah. Orang yang kahwin kerana Allah akan memastikan jenis pasangan yang dipilihnya. Dia akan kaji aturan Allah untuk mendapatkan pasangan.    

*Note courtesy of Mutiara Hati

Thursday 7 April 2011

Alahai Johor

Sebagai post pertama label Adventure PLEASURE...saya nak kongsi adventure wajib, sebulan sekali! Dari Kota Tinggi ke Bangi dan Bangi ke Kota Tinggi......Tidak terfikir langsung saya akan bermusafir dengan sangat kerap ke negeri paling selatan di Malaysia iaitu Johor Darul Takzim. Sebab utamanya adalah suami tercinta adalah salah seorang pekerja Kulim (M) Bhd...yang berpusat di EPA Management Sdn. Bhd. Kota Tinggi, Johor.

Makanya saya dan Marha kerap kali travel dari Bandar Baru Bangi (Rumah anggut dan nenek Marha) ke Kota Tinggi (Rumah ayah Marha). Emmm....perjalanan dari Bangi ke Kota Tinggi mengambil masa hampir 5 jam dengan one pit stop! hee. Almaklumlah bawa anak kecil...pit stop itu sangatlah perlu!! Selalunya kalau kami bergerak ke selatan kami akan berhenti rehat di R&R Pagoh dan terus singgah ke Tesco Kulai untuk membeli keperluan asas...manakala jika kami bergerak ke utara kami akan berhenti rehat di R&R Pagoh dan R&R Ayer Keroh!! heee.

Kalau nak buat kira-kira kewangan....untuk one way.....
Tol Bangi-Tol Kulai ~ RM 37
Isi minyak petrol      ~ RM 60
R&R                       ~ RM 30++
Inilah jumlah biasa yang kami belanjakan untuk one way journey! Kalau dah pergi sudah tentu kena balik....so, untuk two way journey total : RM 127 x 2 = RM 254. Jumlah ini nampak besar kan????
Tetapi ia hanya jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan keseronokan berjalan-jalan dengan yang tersayang...lagi pula tujuannya perjalanan adalah bertemu ibu dan ayah tersayang! Balik kampung....Marha nak jumpa anggut dan nenek! Dalam erti kata lain perjalanan yang tiada nilainya....duit habis boleh dicari, menghargai mereka sementara ada lebih bermakna dan tiada ganti!!!

Mungkin ini juga salah satu sebab rezeki tak pernah putus...malah sentiasa cukup untuk travel balik bangi tiap-tiap bulan. Niat yang baik, pasti Allah bantu kan?? Insyaallah...semoga Allah tetapkan niat kami dan rahmati perjalanan kami pergi dan balik. Apalagi doa orang yang bermusafir itu Allah akan perkenankan kan?? Aminn....banyak-banyaklah berdoa ketika bermusafir eh. Take care uolls! Nantikan post Sabah adventure eh!!! Sabah.....here we come!!!