Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 7 July 2011

LAWAK sepanjang ZAMAN



SURAT MAHASISWA KEPADA AYAHNYA
Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini:
Ayah, Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat . Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas:
Kepada Sarip, "Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima" Dari Ayahmu.

MANA BARANG YANG 'FREE'?
Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-barang yang dipesan.
Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...
Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus benda 'FREE' itu.
Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari jurujual.
Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran mereka.
Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu ..CHOLESTEROL FREE...

AKIBAT TUNJUK PANDAI
Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar.
Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.
Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam. Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.
Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,
"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."
"Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.

JANDA YANG DAHAGA
Hasnah seorang janda kaya yang baru kematian suami akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.
Pada satu malam beliau begitu dahaga untuk minum kerana cuaca panas. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur untuk mencari air bagi menghilangkan dahaganya. kemudian beliau tidur semula. TAMAT... (Habis tu, apa yang korang fikir?)

PAK PANDIR BERJUMPA DOKTOR
Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya.
Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab?
Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.
Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor?
Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi.
Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia.
Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?
Pak Pandir: Mmmm... Tukar soalan lain boleh doktor?
Doktor:
P/s: Kalau anda juga tidak dapat menjawab soalan doktor itu bermakna anda juga...

KURA-KURA TIGA BERSAHABAT
Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.
Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.
Kekura I: "Ermmm... .. salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.
Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."
Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."
Kekura III: "Betul Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 3 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 1 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "3 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "5 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "1 minggu?"
Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "2 minggu?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."
Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik.
Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.
Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."
Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."
Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan ?
kan?!!!"

PENJUAL TELUR BUAT PENING
Pada suatu hari di Pekan Rabu, seorang pembeli ingin membeli telur.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh , Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik ni jual telur atau nak jalan-jalan? "
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang."

SALAH TULIS NAMA
Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong. Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas.
Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempun sebuah perkuburan cina. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak.
Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur.
Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.
"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. Esok siang buat la," kata si Dol marah.
"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis," kata apek tersebut.

JURUJUAL YANG MALANG
Seorang penjual 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, dia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu.
"Puan, saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya," kata jurujual dengan penuh yakin.
"Kalau begitu," kata wanita tersebut, "Mulailah makan. Rumah kami belum ada eletrik."

TIGA ORANG GILA
Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka.
Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. " Padang pasir panas... " Doktor angguk. " Ada harapan nak dilepaskan ni... " hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana ."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior. Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas... " Senior berkata setelah berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana !"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian, Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan ?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba. Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana ," Veteran tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta... "
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

SELESEMA BURUNG
Seorang lelaki menghubungi doktor panelnya untuk memberitahu suatu masalah.
"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
"Saya tahu,"jawab doktor.
"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."
"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
"Dia telah mencium pembantu rumah kami."
"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin. "
"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."
"Celaka," jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."

TIDAK NAMPAK LAMPU MERAH
Seorang mat motor telah ditahan setelah melanggar lampu isyarat merah.
Sebelum polis menyamannya, dia bertanya kepada mat motor tersebut, "Kenapa kamu tidak berhenti ketika lampu merah menyala? Kamu tidak nampak ke?"
"Saya nampak, encik," jawabnya perlahan.
"Habis tu, kenapa kamu tidak berhenti?" tanya polis tersebut lagi yang tidak berpuas hati.
"Saya tidak nampak encik. Kalau saya nampak encik di situ, saya pasti tidak akan melanggar lampu merah," jawabnya.

SIAPA DI LUAR?
Seorang penjenayah tua yang menyorok di pinggir kampung sedang sakit tenat.
Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba kedengaran satu ketukan kuat di pintu rumahnya.
"Siapa di luar?" jerit orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah! Saya ingat anggota polis yang datang."

BAPA DAN TIGA ANAKNYA
Seorang bapa berjalan dengan tiga orang anaknya, masing-masing berumur 8, 5 dan 3 tahun. Mereka memasuki kedai tempat saya bekerja. Bapa itu nampak berfikir keras ketika saya bertanya.
" Ada yang dapat saya bantu?"
"Saya ingin membeli sesuatu tetapi tidak dapat mengingati kesemuanya," jawab bapa tersebut. Lalu dia memandang ke arah anak-anaknya dan bertanya, "Baiklah anak-anak sekalian, selain katil dan pintu bilik air, apa lagi benda yang korang rosakkan dalam minggu ini?"

ADA SISA MAKANAN, ENCIK?
Seorang pengemis pergi ke sebuah warung dan bertanya, " Ada sisa makanan, encik?"
Tuan warung pun menjawab, "Tidak ada." Pengemis itu pun mengeluh, "Iya la, nasibku." Lalu dia berlalu pergi.
Keesokan harinya, pengemis tersebut pergi ke warung itu lagi dan bertanya soalan yang sama. Begitu juga hari-hari yang berikutnya tetapi dia tetap menerima jawapan serupa iaitu 'tidak ada'.
Akibat jemu dengan soalan yang seing ditanya oleh pengemis tersebut, akhirnya tuan warung berkata, "Saya sudah berkali-kali cakap, saya tidak ada sisa makanan untuk diberi kepada kamu. Semuanya habis dijual! Jika kamu bertanya lagi, saya akan paku kaki kamu ke lantai,"
Keesokannya, pengemis itu datang lagi ke warung dan bertanya, " Ada paku?"
"Tidak ada," jawab tuan warung.
Pengemis bertanya lagi, " Ada sisa makanan, encik?"

ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington .
Ayah: Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya

Surat dari orang Rombau

Memang sangat kelakar surat ini. Penulis peroleh dari e-mail yang 'diforwardkan' dari kawan-kawan sewaktu Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Sampai sekarang lawaknya sedikit pun tak lapuk! Bagi sesiapa yang tidak faham dengan loghat Nogori, bolehlah suruh orang nogori sendiri bacakan (lagi best bunyinye!)...haha. Selamat membaca. Sekadar seronok berkongsi jenaka....PEACE! =) 

kepado pak lah... PM paling sey sayang...I lap u

namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN
ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'????
menantu PAK LAH tu laaaaa....suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buek
menantu lak...


sey nulih surat ni bukan apo....sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah
sobab naik'an hargo minyak ari tu..
lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang  lain pun naik gak
laaaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAK
LAH!!!!!!!


sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung
yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring
yor...


sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn...
anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal  tu boleh la bekojo lopeh
sekolah  buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh la
jadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak la
menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn


ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buek
tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey
tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat...


rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan
sey..


bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado
la  untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 "ok la tuuuu"


sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual
datsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit....tokih2 pun ado la
hasil'eh..


team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais  hari2 berjalan kaki tak pun
naik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu...
walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona'eh terlobih cukup untuk keluargo sey...


buek permulaan nk ngubah kehidupan sey..
sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untuk
buek kodok


sey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akan
berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo)
sey akan buek minyak masak sendiri
itu antaro caro sey ngubah caro hidup..
ade banyak laie caro
semuo kerano UMNO dan bn...


dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado..
bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah
rumah sey nih org pembangkang...dio slalu guno highway, biar padan muko
dio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon...palo
hayah dio tu...


nnt pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat
bilo dh nak dokek2 pilihanraya nanti...
insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah...
tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu....


jgn lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak..
jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak
bini'eh nk mentodarah....
sey totap nyokong pak lah..


akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup
bn..


sekian timo kasih..


ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo
gak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...


pocah kaco, pocah golas,
sudah baco, harap baleh.
 


Rahsia Senyum


1. Senyum membuat Anda lebih menarik.
Orang yg byk tersenyum memiliki daya tarik.
Orang yg suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya nyaman dan senang.
Orang yg selalu merengut, cemburut, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak nyaman..
Dipastikan orang yg byk tersenyum memiliki byk teman.

2. Senyum mengubah perasaan
Jika Anda sedang sedih, cubalah tersenyum.
Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik.
Menurut penelitian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah..

3. Senyum menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang.
Orang disekitar Anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum menghilangkan stress
Stress boleh terlihat di wajah.
Senyuman bisa menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih..
Ketika anda stress,ambil waktu untuk tersenyum.
Senyuman akan mengurangi stres dan membuat pikiran lebih jernih.

5. Senyum meningkatkan imunisasi
Senyum membuat sistem imunisasi bekerja lebih baik.
Fungsi imun tubuh bekerja secara maksima saat seseorang merasa rileks.
Menurut penelitian, flu dan batuk juga boleh hilang dengan senyum.

6. Senyum menurunkan tekanan darah
Tidak percaya? Cuba Anda mencatat tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum saat diperiksa.
Tekanan darah saat Anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa alamiah, dan serotonin
Senyum ibarat ubat semulajadi.
Senyum bisa menghasilkan endorphin,pemati rasa semulajadi, dan serotonin.
Ketiganya adalah hormon yg boleh mengendalikan rasa sakit.

8. Senyum membuat awet muda
Senyuman menggerakkan banyak otot .
Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift.
Dijamin dengan byk tersenyum Anda akan terlihat lebih awet muda.

9. Senyum membuat Anda kelihatan sukses
Orang yg tersenyum terlihat lebih percaya diri,terkenal, dan lebih mudah diurus.
Pasang senyum saat rapat atau bertemu dengan klien.
Pasti collagen Anda akan melihat Anda lebih baik.

10. Senyum membuat orang berpikir positif.
Cuba lakukan ini : Fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Penyebabnya, ketika Anda tersenyum,tubuh mengirim signal "hidup adalah baik".
Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah juga bentuk ibadah yg terkecil....
but...jangan lupa, kalau asyik je senyum-senyum sendiri nanti disangka gilaaaaaaaaaaa. ..hehehehehe

Rahsia Bantal

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal 
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan. 


2) Menggunakan Banyak Bantal  
Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. 


3) Tidur Dengan Satu Bantal  
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata. 


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki  
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha. 


5) Tidur tanpa Bantal  
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. 


6) Tidak punya bantal  
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu. Hehe.

Wednesday, 6 July 2011

Syaaban ~ Fadhilat lebihkan amalan

Bismillahirrahmanirahim

Sabda Rasulullah SAW: 
Doa seorang itu tidak ditolak dalam solat lima waktu pada malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu I'dulfitri dan I'duladha.

Antara peristiwa yang menarik dan ditunggu-tunggu pada bulan Syaaban adalah Malam Nisfu Syaaban pada pertengahan bulannya iaitu 15 Syaaban. Tahun 2011 ini 15 Syaaban 1432H jatuh pada hari Ahad 17 Julai 2011. Setelah melakukan lebih pembacaan dan mengkaji dari yang lebih pakar dapat disimpulkan tiada amalan khusus yang ditetapkan pada malam ini. Secara umumnya kita digalakkan lebih perbanyakkan amalan berpuasa sebagai persediaan kedatangan Ramadhan. Seterusnya, umat Islam dianjurkan melaksanakan amal ibadat sebanyak mungkin menurut kemampuannya pada malam itu antaranya solat lima waktu secara berjemaah, bersolat sunat dan melakukan solat tahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran, beristighfar kepada Allah, bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca pelbagai doa dan zikir.

Selamat beramal di Bulan Syaaban dari Penulis sekeluarga
Semoga penjelasan dari Dr. Engku Ahmad Zaki ini memberi manfaat kepada kita semua tentang tiada hadis sahih bicarakan malam Nisfu Syaaban:

Daripada Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia.

~~Berdasarkan amalan biasa dilakukan umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan juga bacaan doa khusus (doa yang tidak ada asal usulnya dan tidak menepati dalil Syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan al-Quran dan hadis) atau ma’qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa, kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.
Maksud doa itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan)." (Surah al-Ra‘d , ayat 39)
Jelas di sini percanggahan nyata dalam isi kandungan doa ini. Pada permulaannya pemohon berkata, jika tertulis di sisi Allah di dalam kitabnya sebagai seorang yang susah dalam urusan mencari rezeki, pendoa meminta supaya dihapuskan kesusahan itu dan ditetapkan di sisi Allah di dalam kitabnya (yang sama) sebagai seorang bahagia dan murah rezeki untuk segala kebaikan, berdasarkan maksud ayat yang disebutkan.
Makna ummul kitab ialah tidak ada di dalamnya penghapusan dan tidak ada pengisbatan (penetapan), bagaimana dia (orang yang berdoa) pada masa yang sama memohon penghapusan dan pengisbatan di dalamnya.
Pada masa sama, ucapan doa itu bertentangan dengan adab berdoa seperti digariskan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila kamu meminta kepada Allah (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan: Ya Allah ampunilah jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah Maha Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan ke atas-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).~~


Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu. Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

Jika anda ingin dapatkan lebih informasi tentang fadhilat bulan syaaban, anda boleh dapatinya di sini. (ENTER). Wallahu'alam.

Tuesday, 5 July 2011

Adab memotong kuku ~Sunnah Nabi


RASULULLAH SAW bersabda yang ertinya:


Barang siapa yang mengerat kukunya pada~

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT.

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Selamat beramal dan mengamalkan sunnah Nabi yang mudah ini! 'Kita perlu berubah untuk mengubah!' Wassalam.

Tips Bijak Asuhan Anak~ Part 2

Ya...seperti yang dijanjikan dalam post sebelum ini Part 2 akan lebih fokus kepada asuhan islamik. Kalau anda tertanya-tanya takkan begitu cepat? Jawapannya, bahan semua sudah depan mata cuma hendak atau tidak aje menaipnya di blog ini.

Rasulullah SAW bersabda: 
'Mulakanlah pengenalan kalimat La IIlaha Illallah kepada anak-anak kamu.'

Imam al-Ghazali: 
'Anak amanah bagi kedua-dua orang tuanya, dan hatinya yang suci adalah permata yang mahal harganya. Jika dibiasakan pada kebaikan dan diajarkan kebaikan padanya, maka ia akan tumbuh kebaikan itu dan akan bahagialah di dunia dan akhirat'

Dr. Abdullah Nasih Ulwan: 
'Kecemerlangan seorang anak adalah kesan daripada amalan dan pengalaman sejak kecil. Malah pendidikan anak dalam Islam telah bermula sejak anak dalam kandungan lagi. Walaupun bayi tidak boleh bercakap tetapi boleh mendengar. Dengan membaca ayat-ayat al-Quran dan zikrullah adalah permulaan untuk ibu mendidik anak dengan cara hidup Islam.

Ulama Islam telah membahagikan kepada 4 tahap mendidik anak-anak:

TAHAP PERTAMA~ Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 Tahun). Ibu bapa hendaklah banyak membelai dan bergurau senda bersama anak-anak dengan kasih sayang. (Diibaratkan seperti mana haiwan menjaga anak-anak)

  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga akan belajar menghargai barangan anda.
  • Janganlah biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam. Jika anda pulang pada tengah malam dan mendapati anak sedang tidur, cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur walaupun anak sedang tidur.
  • Ajar anak untuk cium tangan dan peluk penuh kasih sayang. Cara ini membuatkan kasih sayang ibu bapa dan anak-anak semakin mendalam.

TAHAP KEDUA~ Anak berusia 7 Tahun hingga baligh (14 Tahun). Hendaklah ibu bapa mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan diberi tanggungjawab.

Sabda Rasulullah SAW: 
'Suruhlah anak-anak kamu bersolat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka supaya mendirikan solat apabila mereka berusia sepuluh tahun'

  • Latih solat berjemaah. Mungkin sukar untuk permulaan. Tetapi ia akan jadi mudah kalau dijadikan rutin dan istiqamah.
  • Ajar anak tanggungjawab. Biarkan dia melakukan kerja rumah walaupun usia masih kecil. Kerja yang paling mudah ialah mengemas dan menguruskan dirinya.
  • Elak menuruti permintaan anak. Jelaskan kenapa anda tidak boleh memenuhi permintannya. Ia membantu anak-anak memahami tidak semua benda diperoleh dengan mudah tetapi mesti dilakukan dengan usaha.
  • Ucapkan tahniah. Tidak salah berikan pelukan dan ciuman sebagai tanda penghargaan.

TAHAP KETIGA~ Anak berusia 15 Tahun hingga dewasa (21 Tahun). Hendaklah diberikan didikan dengam cara berkawan, bertukar pendapat dan menghormati pendapat mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.

TAHAP KEEMPAT~ Anak berusia lebih dari 21 Tahun sehingga dewasa. Ibu bapa hendaklah memberi kebebasan kepada anak-anak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu bapa hanya bertindak sebagai penasihat supaya keadaan berada dalam terkawal.

Semoga post ini memberi manfaat kepada kita semua ye. Hakikatnya mendidik anak-anak ini tidak mempunyai formula khusus yang boleh kita sebagai ibu bapa aplikasikan. Cuma janganlah kita sesuka hati untuk 'try and error' pula. Timbalah ilmu dan dapatkanlah sebanyak ilmu mendidik anak dari yang berpengalaman...yang baik kita jadikan ikutan, yang kurang baik kita jadikan sempadan. Tak rugi kan?

Bagi ibu bekerjaya, terpaksa meninggalkan anak-anak ke rumah pengasuh mahupun taska, luangkanlah lebih masa yang berkualiti bersama anak-anak. Pengasuh tidak dapat menggantikan tugas sebagai ibu bapa sepanjang tempoh anak-anak ditinggalkan bersama pengasuh. Pengasuh hanya menjaga anak kita dengan bersyarat untuk dibayar dan kebanyakannya menjaga anak agar tidak mendapat kecederaan luaran. Tiada individu lain yang lebih memahami siapa anak melainkan ibu bapa sendiri. Apabila sikap anak dikenal pasti dengan lebih berkesan, ibu bapa dapat melaksanakan tindakan atau hukuman dengan lebih baik dan sesuai dengan sikap, kehendak dan keperibadian anak itu.

Masyaallah...nampak mudah kan? Hakikatnya hanya Allah sahaja mampu mempermudahkan semuanya. Ya Allah jadikanlah kami ibu bapa yang berjaya memikul amanah mendidik anak-anak kami ke jalan yang Kau redhai. Jadikanlah anak-anak kami anak-anak yang taat kepadaMu ya Allah. Mudahkanlah urusan kami dalam membesar, mendidik dan memimpin mereka untuk taat padaMu. Amin ya rabbalalamin. Semoga post ini memberi manfaat kepada anda semua juga ye. Wallahu'alam.  


Tips Bijak Asuhan Anak~ Part 1

Assalamualaikum

Sebagai ibu yang masih muda dan mentah, penulis ingin berkongsi koleksi tip-tip asuhan anak yang saya perolehi dari pembacaan majalah dan buku-buku yang boleh dijadikan amalan. Dapat penulis simpulkan bahawa terdapat 10 tip penting mengasuh anak dengan bijak:

  1. Nama panggilan yang baik. Maka kita sebagai ibu bapa seharusnya memberikan nama yang baik-baik dengan makna yang baik. (Butir kata dari mulut ibu dan bapa untuk anaknya adalah du'a).
  2. Anak-anak perlulah diberikan pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
  3. Pandanglah ana-anak anda dengan penuh kasih sayang. Ini akan membuatkan anak mempunyai keyakinan lebih tinggi.
  4. Berilah penghargaan pada anak-anak anda. Lakukan pelukan, berikan pujian dan ciuman, ganjarkan mereka dengan hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman bagi setiap kebaikan yang dilakukannya.
  5. Terima seadanya anak anda. Jangan sekali mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Terimalah hakikat bahawa mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang dan tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan.
  6. Jangan sekali-kali mengeluh. Keluhan hanya akan membuatkan anak-anak anda merasakan diri mereka beban.
  7. Dengarlah cerita anak anda sehingga habis, kemudian barulah mencelah. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran bercakap.
    1. Tenangkan anak anda apabila melakukan kesilapan. Anak akan tahu dirinya disayangi oleh anda.
    2. Tunjukkan cara tenangkan diri yang betul. Ini akan menjadi ikutan anak-anak.
    3. Luangkanlah masa bersama anak-anak dengan kerap. Peganglah tangan mereka ketika berjalan-jalan. Mereka akan merasakan kehadiran diri mereka sangat penting dalam keluarga.


    Semoga tip ini akan berguna untuk kita bersama. Jangan lupa baca post Tips Bijak Asuhan Anak~ Part 2 pula ye. Untuk part 2 penulis akan lebih fokuskan kepada asuhan islamik. Insyaallah.  
    Photo courtesy of Zazzle.com