Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 14 August 2011

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

Kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis     Rasullullah     dikatakan: Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka: 

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan. 

Alkisah  ada  seorang  Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM setiap   kali  melakukan  sesuatu,  dalam  membuka,  menutup  dan  mengunci pintu/almari,  menaruh  dan  mengambil  barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian,  masuk  dan  keluar  rumah,  naik  dan  turun dari kenderaan, dll. Pokoknya  selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti. 

Sehingga  dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas  dibenaknya  untuk  menguji  sang  isterinya tersebut. Lalu suatu ketika  sang  suami  memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan "Wahai isteriku,  ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik". Lalu sang isteripun  menerimanya  dengan  mengucapkan  BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM  dan membuka  almari  dengan  mengucapkan  BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas    tersebut    dengan    mengucapkan   BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM   dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. 

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang suami  mengambil  emas  tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu  ia  kembali  ke  rumah,  dan  ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada  isterinya  untuk  mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu. 

Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM  dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas  tersebut.  Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya. 

Melihat  emas  tersebut  basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada  suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas  tersebut  ke  laut  tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. 

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM  selain  dari  itu  masih banyak lagi manfaatnya, iaitu:

Kita  disarankan  untuk  membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil  dan  menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru mahupun yang  baru  kita  gunakan.  Tujuannya  adalah  agar  pakaian tersebut tidak digunakan  oleh  makhluk lain (golongan Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh  pakaian  maka  ketika  kita  gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman.  Memang  kita  biasa  mengatakan  bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun  sebagainya  namun  pada  dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan  kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita (lelaki juga)  kerana  banyak  juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya  sendiri  (wanita  tersebut)  bahwa  dia  telah  melakukan hubungan fizikal  dengan  golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar  adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya.

Demikian  sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita 
peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita  sehari-hari,  semoga  setelah  membaca  ini  kita  semua  mulai dapat membiasakan   diri   untuk   mengucapkan   BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM  dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, Amin.

Wednesday, 10 August 2011

Buat renungan

Share via Facebook
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..   Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:   Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman..   Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn  ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn......

Tuesday, 9 August 2011

Huruf pertama pada nama



Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
A
Ramah Dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana Dan cerdas.. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, Dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit Dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia Dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah Dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak Dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin Dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang Dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai Dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah Dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah Dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia Dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung Dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan Dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal Dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan Dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga Dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah Dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan Dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah Dan pandai bergaul Dan mempunyai ramai kawan.Tidak suka bergosip Dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.
 Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai Dan kreatif, suka kelembutan Dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros Dan keras kepala.

N
Baik hati Dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati Dan kurang percaya diri
.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan Dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong Dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka Dan selalu ceria. Punya banyak idea Dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam Dan boros.

Q
Setia Dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur Dan mudah emosi.

R
Pendiam Dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai Dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai Dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang Dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan Dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut Dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah Dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi Dan ringan tangan. Keras kepala Dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran Dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus.. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung Dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam Dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka Dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu Dan gemar menonjolkan diri.

Monday, 8 August 2011

Marha's 2nd Birthday!

Alhamdulillah...how times flies!! Today is our precious princess second birthday. Happy Birthday my dear Marha Nabilah bt. Mardian. Sambutan ulangtahun kelahiran Marha kali ini dibuat secara sederhana kerana hari ini adalah hari ke-8 Ramadhan. Maka sambutan dibuat sejurus berbuka puasa diiringi dengan sedikit doa selamat dari Ayah! Dua tahun berturut, sambutan kelahiran Marha kita sambut di rumah anggut dan enek bersama uncles...hehe. Alhamdulillah. 
Apapun ibu ingin sampaikan yang ibu bangga dengan perkembangan Marha...terlalu banyak pencapaian untuk ibu tuliskan di sini. Cukuplah ibu katakan yang Marha sudah pun pandai counting one to ten and sing phonics song (jelas sekali), sing 'if you happy' and justin bieber song too!! Baby, baby oooo....yeay! You start to show your feeling and acknowledge others with your empathy, very independent even you manage to ease your self whenever I was so busy doing my thing! Ibu love Marha sooo much! And I bet ayah, anggut, enek and uncles feel the same way too! 


This is my birthday wish I wrote at Facebook wall:
Dear Marha Nabilah bt. Mardian: You are my beautiful, charming, funny, intelligent and just plain perfect daughter. You have just enough stubbornness to help you stand up for yourself, and to help get you through life. You are the perfect mix of everything good and we can't wait to see where all of this will take you. Have a very happy second birthday and ayah & ibu can't wait to share many more with you as you get even older. We love you.
~Alhamdulillah ramai kawan-kawan ibu yang mendoakan supaya Marha menjadi anak yang solehah. Aminnn...

Ibu doakan Marha kekal sihat, ceria dan paling penting Marha menjadi anak yang taat pada Allah! Dengan harapan apabila ketaatan itu seluruhnya diserahkan pada Allah, segala-gala perkara berkenaan duniawi dan ukhrawi Marha akan lakukan berlandaskan syariat Allah. Insyaallah.


Saturday, 6 August 2011

Petua Kempis Perut Gunakan Halia


Parut halia, ambil hasil parutan sapu pada perut, amalkan selalu dan hasilnya perut semakin kempis dan badan pun akan jadi langsing.

Ingatan terhadap kesannya:

1. Pada kulit agak panas, sesiapa yang tidak tahan mulakan dengan kuantiti yang sedikit dahulu.
2. Ia akan melawaskan pembuangan air besar, pada permulaan pengguna akan membuang air besar dengan kerap dan agak cair disebabkan lemak-lemak dibuang dari badan.

Petua lain untuk mengempiskan perut

1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
* Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
* Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Friday, 5 August 2011

Pedagang bersama 4 Isterinya

Penulis share cerita ini via Facebook untuk dikongsikan semula dengan kalian semua dan sebagai koleksi diri sendiri. Cerita ini mempunyai ikhtibarnya tersendiri....Yang kita nampak dengan mata dan kita peroleh secara lahiriah dan fizikal bukanlah kesenangan hakiki yang sempurna buat kita, tetapi hati yang penuh dengan iman dan ketaqwaan pada Dia adalah pasti sebagai bekalan ukhrawi kelak. Wallahua'alam. Semoga bermanfaat!

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.   Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. 
Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.   Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.   Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.   
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."   Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.   Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.   Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."   Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."   
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;   ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.   ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.   ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.   DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.   Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari! 


Thursday, 4 August 2011

12 Things to Avoid during Ramadan~by Dr. Zakir Naik

1. Dont sleep during the day and pray all night. By doing this you are converting the day into night and the night into day, which is not the purpose of fasting. 
2. Avoid being lazy and inactive during the day. 
3. Dont waste time playing games during the day. Rather, please Allah by increasing in your worship of him. 
4. Avoid having Iftar parties. Ramadan wasnt meant to be a food extravaganza. 
5. Dont ask your wife to spend Ramadan in the Kitchen. Eat something light and quick - she isnt Biryani woman. 
6. Spend the last 10 days worshipping Allah rather than trying to prepare for Eid! A day that is better than a thousand months is in these last 10 days. You can't afford to miss this.



7. Dont stay awake the full night. Your body has a right over you, and when it wants rest, then rest. 
8. Avoid excessive socialising after Taraweeh 
9. Avoid shopping a lot in Ramadhaan. 
10. Dont eat the full night. 
11. Dont loiter around at night rather than worshipping Allah. 
12. Eid doesnt require loads of preparation. Dont fall into this trap! Keep it simple, and it will be blessed.

Ayam Percik

Tanpa gravy...belum dicurahkan
Resepi ini asalnya penulis peroleh dari Myresepi.com tetapi telah diolah mengikut selera anak tekak sendiri. Tanpa tepung beras dan air asam jawa. Cara penyediaannya sangat mudah...jangan lupa cube ye!

Untuk seekor ayam yang dibelah empat. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Kisarkan 2 biji bawang putih, 1 biji bawang besar, 2 cm halia, 2 batang serai, 1 sudu kecil ketumbar, 1/2 sudu kecil jintan putih. Perapkan ayam bersama bahan-bahan yang dikisar selama 30 minit.

Kemudian masukkan ayam perapan bersama 11/2 cawan santan pekat dan cili kering (bergantung kepada tahap pedas yang disukai) di dalam periuk untuk dimasak sehingga ayam suku masak. Masukkan dalam oven dan dibakar selama 30 minit pada suhu 200 darjah celcius. Santan di dalam periuk perlulah dikacau sehingga mencapai kepekatan 'gravy' yang disukai. Oh ye, jangan lupa tambahkan garam dan gula sebagai penyedap rasa. Selamat Mencuba!!

Cerita untuk Para SUAMI

Baca sampai habis ye....cerita yang seronok untuk dikongsi sempena mengisi waktu berpuasa ini. Sedikit gurau senda untuk kembali bersemangat...


Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat dirumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, Mat bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak
bawa ke sekolah.

Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Kemudian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang
baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum terlepas. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung
apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak
taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!
~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda..