Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 6 August 2011

Petua Kempis Perut Gunakan Halia


Parut halia, ambil hasil parutan sapu pada perut, amalkan selalu dan hasilnya perut semakin kempis dan badan pun akan jadi langsing.

Ingatan terhadap kesannya:

1. Pada kulit agak panas, sesiapa yang tidak tahan mulakan dengan kuantiti yang sedikit dahulu.
2. Ia akan melawaskan pembuangan air besar, pada permulaan pengguna akan membuang air besar dengan kerap dan agak cair disebabkan lemak-lemak dibuang dari badan.

Petua lain untuk mengempiskan perut

1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
* Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
* Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

No comments:

Post a Comment

Comment