Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, 3 August 2011

Dates Cake with Caramel Topping


Resepi ini penulis peroleh dari rancangan Chef Selebriti bersama Ideal ~ Chef Anis Nabilah. Sempat jugalah menyalin dalam keadaan yang kocoh..hehe. Gambar menunjukkan 2 jenis topping berbeza, bak kata ibu saya:  Kalau buat topping gambar yang atas tu, barulah kek tapi kalau topping gambar yang bawah ala-ala puding kek pon ada. hehe. Kalau nakkan topping cair gunakan susu Ideal dan sebaik-baiknya asingkan kek dan topping. Bila nak makan baru curahkan topping by plate. By the way, the taste of this cake was sooo marvelous! Worth try...i bet memang chedap! My daughter do like the cake...sweet like her! 

Bahan yang diperlukan adalah 200g kurma (perlu direbus bersama 2 sudu kecil sodium bicarbonate~ untuk melembutkan kurma). 125g butter beku (tujuannya untuk jadikan kek berat). 1 cawan brown sugar. Pukul butter dan brown sugar sehingga kembang and fluffy. Barulah masukkan telur sebiji demi sebiji sebanyak 3 biji. Kemudian masukkan 11/2 cawan tepung gandum. Bila dah sebati baru masukkan kurma yang sudah dicincang mengikut rasa. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius, masak kek selama 45 minit dengan menggunakan teknik double boiler. 

Topping menggunakan thickened cream
1 cawan brown sugar
300 mL thickened cream
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
60 g butter (chopped)

Topping menggunakan susu Ideal ala-ala puding
5 sudu butter
10 sudu besar brown sugar
500 mL susu Ideal

Selamat mencuba ye. Kek memang sedap!! Kami dah mencubanya....anda bila lagi???

Monday, 1 August 2011

Wuduk dan hikmah setiap perbuatan

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu. 


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.



6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain juga.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali. 

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.




Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-

  1. Menghadap ke arah Kiblat.
  2. Menbaca “Auuzubillah himinasyaiton nirrajim” dan “Bismillah hirrahman nirrahim”.
  3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
  4. Berkumur atau bersugi.
  5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  6. Menyapu air ke kepala.
  7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  9. Mencelahi jari-jari tangan dan kaki.
  10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
  13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
  14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  15. Berjimat ketika menggunakan air.
  16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
  17. Membaca Doa Selepas Wuduk setelah selesai berwuduk.

Larangan menghembus dan meniup minuman


Keperluan makan dan minum bagi individu muslim tidak terbatas dengan hanya memuaskan nafsu, menghilangkan dahaga dan mengenyangkan perut. Makan dan minum bagi seorang muslim dengan tujuan untuk mendapatkan kesihatan yang baik seterusnya mampu mengerjakan ibadah kepada Allah, akan peroleh ganjaran pahala. Itu baru niat...memulakan tindakan dengan bacaan Basmallah atau doa makan? Pahala lagi kan? Basuh tangan sebelum makan, menggunakan tangan kanan, tidak gelojoh dan menghormati rezeki adalah antara adab yang dituntut dalam Islam. Cantiknya Islam!

Berdasarkan hadis Nabi SAW ini: “Sesungguhnya Nabi melarang bernafas dalam bekas air dan meniup air itu untuk kamu minum.” (HR. Al-Tirmidzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, dan hadis ini disahihkan oleh Al-Albani).

Kalau Nabi sudah melarang tidak dapat tidak sepatutnya kita sebagai umatnya mengikut tanpa bertanyakan kenapa...tapi hebatnya Islam setiap perlakuan Nabi ada hikmat tersembunyi yang sememangnya boleh dihuraikan menggunakan pengetahuan sains...masyaallah. Hikmah larangan meniup minuman yang masih panas adalah kerana tindakan ini akan mneyebabkan struktur molekul dalam air berubah menjadi asid yang akhirnya akan membahayakan kesihatan. Bagaimana?


Hujah 1~ Secara saintifiknya air dikenali sebagai H2O. Terdiri daripada 2 atom hydrogen dan satu atom oksigen yang mana 2 atom hydrogen ini terikat dengan sebuah atom oksigen. Apabila kita menghembus nafas, kita mengeluarkan karbon dioksida (CO2). Tindakan menghembus nafas pada minuman menyebabkan reaksi di antara H2O dan CO2 yang akan menghasilkan asid karbonat (H2CO3). Alangkah baiknya jika amalan ini dapat dihindarkan walaupun sedia maklum bahawa H2CO3 adalah asid lemah. Tetapi hakikatnya kemasukan asid berlebihan akan membahayakan kesihatan. Ini kerana pengumpulan H2CO3 yang tinggi menjadikan kesan yang sama dengan pengambilan minuman bikarbonat yang boleh menyebabkan karies gigi dan diabetes akhirnya. 
Hujah 2~ Ketika kita menghembus atau meniup nafas pada minuman, secara tidak langsung kita akan mengeluarkan wap air dan pelbagai partikel yang ada di dalam rongga mulut. Ini boleh dikesan berdasarkan bau yang dihasilkan oleh mulut...pelbagai kan? Partikel ini bukan sahaja berasal dari sisa makanan yang tertinggal di celah-celah gigi tetapi hasil penguraian mikroorganisma yang hidup dalam mulut. Sekiranya kita tidak bernasib baik mikroorganisma bersifat pathogen berada di dalam mulut lalu melepaskannya melalui nafas kita mampu mengakibatkan kontaminasi dalam makanan!
Sebaiknya minuman panas dibiarkan sejuk dahulu tanpa perlu meniupnya
Ini dua hujah mudah untuk menjelaskan kenapa Nabi melarang menghembus dan meniup minuman. Walau apapun hikmahnya, seharusnya kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW sami’ na wa a’tha’na (kami mendengar dan kami taat)! Wallahuaa’alam. Semoga manfaat kepada semua ye.

Friday, 29 July 2011

Hari@Malam Mantai

Kalau Upin dan Ipin pun berusaha Tarawih bagaimana dengan KITA?
Assalamualaikum wbt.
Countdown to Ramadhan...2 days to go! Di kesempatan ini penulis sekeluarga ingin memohon maaf pada semua pembaca sekiranya ada post entry mahupun sepanjang perkenalan kita yang menguris hati. Maafkan saya! Untuk suami, ibu dan ayah...maafkan apa jua kesalahan dan halalkan makan minum saya sejak Ramadhan (1431H) sebelum ini sehingga Ramadhan 1432H yang bakal menjelang. Semoga Ramadhan kali ini kita semua berjaya melaluinya dengan penuh keinsafan, ketaqwaan dan kesabaran. Seterusnya kita semua akan peroleh barakah dan rahmat dari Allah, insyaallah. Amin ya rabbalamin.

Ramai yang tertanya-tanya apa maksud tajuk mantai di atas?? Mantai sebenarnya adalah bahasa dialek Negeri Sembilan. Biasanya perkataan ini digunakan apabila menerangkan tentang hari@malam persediaan daging sembelihan untuk merendang sehari sebelum Ramadhan ataupun Hari Raya. Menjadi tradisi bagi keluarga kami, hari mantai kebiasaannya jatuh dua malam sebelum menjelang Ramadhan dan dua malam sebelum menjelang Hari Raya. Makanya pada malam kedua sebelum Ramadhan, ayah dan anak lelaki juga menantu lelaki akan ke Pasar Beranang, Negeri Sembilan untuk mendapatkan daging segar baru lepas disembelih. Pada malam tersebut ramai pembeli daging aka persiapan menghadapi hari yang ditunggu-tunggu kerana proses merendang bagi orang Negeri Sembilan atau lebih spesifik lagi Minangkabau adalah WAJIB! hehe. Itu sebablah hari merendang menjadi salah satu hari penting dalam kalendar hidup anak minangkabau!! yeay!!! Ini antara budaya yang diterapkan oleh nenek dan anggut saya, dan dibudayakan semula oleh ayah dan ibu saya kepada anak-anaknya. Keseronokan keluar tengah malam dan balik awal pagi untuk mencari daging ini adalah antara proses Hari Mantai. Peniaga yang berniaga pada malam tersebut bukan hanya dikalangan peniaga daging sahaja...peniaga makanan juga mengambil peluang ini untuk berniaga! Makan-makan time di malam hari sambil membeli daging...Seronokkk!!! 

Di waktu pagi sehari sebelum Ramadhan atau Hari Raya, kaum ibu atau anak-anak yang perempuan akan mengambil tanggungjawab 'bersilat di dapur' untuk bersiap sedia untuk memasak rendang @ merendang! Lagi perkara yang menyeronokkan...merendang bersama keluarga. Proses merendang mengambil masa yang bukan singkat tetapi LAMA...mahunya 3-4 jam bergantung kepada berapa kilo daging yang direndang. Lagi banyak kilo daging, lagi lama masa yang diambil untuk menunggu santan yang nisbahnya sama dengan kilo daging ini untuk kering....masaklahhh!! heheh. Waktu ini jugalah ruang dan peluang untuk mengeratkan silaturrahim...

Dengan anggapan merendang sebelum hari raya semua sudah maklum. Tahukah anda kenapa merendang sebelum Ramadhan? Salah satu sebab terpenting selain daripada sebab untuk ahli keluarga berkumpul ialah memudahkan kaum-kaum ibu untuk menyediakan makanan sahur. Emmm...persediaan untuk memudahkan kaum ibu menyediakan juadah bersahur sepanjang Ramadhan! Rendang yang dimasak dengan betul dan kering santannya boleh disimpan dalam tempoh masa yang agak lama. Apabila di sepanjang proses memanas dan menyimpan rendang yang akhirnya akan menyebabkan daging menjadi hancur, daging rendang akan diubah menjadi serunding! Daging rendang tadi akan disiat-siat menjadi serunding!!! Baguskan? Bagi saya ini adalah alternatif terbaik!! Hahaha.

Penulis berharap budaya ini akan dikekalkan dari generasi ke genarasi kerana Hari@Malam Mantai adalah hari yang ditunggu-tunggu bagi individu yang berasal dari Negeri Sembilan dan ingin mengekalkan tradisi ini! Kalau bukan berasal dari Negeri Sembilan pun tidak salah untuk membudayakan tradisi ini untuk menikmati keseronokannya bersama ahli keluarga. Salam Ramadhan al-Mubarak!!!

Wednesday, 27 July 2011

Kisah Pohon Semalu dan Rasulullah SAW

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. 
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). 
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. 
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. 
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah mengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. 

Wednesday, 20 July 2011

Persoalan berkenaan Fidyah


Dalam usaha mengetahui ilmu fidyah ini, saya telah mengumpulkan pelbagai persoalan yang biasa timbul berkenaan dengan fidyah. Semoga beri manfaat kepada anda semua!


1.            Kepada siapa seelok-eloknya kita membayar fidyah?

Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.

Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.

Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.

2.            Berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?

Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.

Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3. Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.

Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana. Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada. Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.

Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?

Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.

Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.

Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).

3.                   Selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?

Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.

Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.

4.       Apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?

Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.

Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah.

4.            Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?

Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.


Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah
Contoh1: 

   1. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
   2. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
   3. Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
   4. Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
   5. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
   6. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.

Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.

Mudah bukan? Kalau dapat, cuba kira bayaran fidyah yang wajib dibayar oleh seseorang yang tidak pernah berpuasa selama 40 puluh tahun hidup di atas muka bumi Allah ini… Huh?! Macam kena pakai formula jinjang arithmetik jer?

Contoh2: dari Laman web Majlis Agama Islam Johor 

1 hari dendanya 1 cupak beras 
1 cupak = 1 mud
1 mud  = 15 tahil atau 566.99 gram beras sama dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagi 4. 
(RM _______ ÷ 4 = RM ______).

PERMASALAHAN...

Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan 3 tahun berturut-turut  tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga masuk bulan Ramadhan tahun 2008 seperti berikut : 

   1) Tahun 2005 meninggalkan puasa 6 hari 
   2) Tahun 2006 meninggalkan puasa 5 hari 
   3) Tahun 2007 meninggalkan puasa 7 hari 

PENYELESAIANNYA :

Langkah 1 : 
Kira jumlah tahun ia tidak qada’ puasa  yang ditinggalkan iaitu jumlah ia telah  melangkaui Ramdhan.

Oleh itu jumlah tahun tinggalkan puasa dari tahun 

a) 2005 hingga masuk Ramadhan 2008 ialah 3 tahun.
b) 2006      “        “         “                “       “    2    “
c) 2007      “        “         “                “       “     1    “

Langkah 2 : 
Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan nilai zakat fitrah semasa kemudian dibahagi dengan 4. 

Tahun 2005
3 tahun x 6 hari x RM7.50 (nilai zakat fitrah semasa) ÷  4 = RM33.75

Tahun 2006
2 tahun x 5 hari x RM7.50 (nilai zakat fitrah semasa) ÷ 4 = RM18.75

Tahun 2007
1 tahun x 7 harix RM7.50 (nilai zakat fitrah semasa)  ÷ 4 = RM13.12

Jumlah keseluruhan perlu bayar : RM65.62

5.            Jika Tidak Mampu Membayar Fidyah?

Sekali lagi perlu diingatkan, kewajiban fidyah ini untuk orang sakit yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Tidak berlaku hukum ini untuk orang yang sakitnya masih mempunyai harapan untuk sembuh. Seseorang yang sakit dengan penyakit yang tidak mempunyai  harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu lagi berpuasa, maka ia wajib membayar fidyah [TMQ al-Baqarah (2): 184] Lalu bagaimana pula jika untuk membayar fidyah pun dia juga  tidak berkemampuan, misalnya dia adalah seorang faqir atau miskin?

Membayar fidyah adalah kewajiban bagi orang yang berkemampuan (muusir). Kemampuan ini diukur ketika ia tidak berpuasa kerana sakitnya itu. Jadi, jika terdapat orang sakit yang  tiada harapan untuk  sembuh, lalu dia tidak berpuasa pada tahun lalu, adakah dia wajib membayar fidyah? Maka hal ini perlu  dilihat, jika pada Ramadhan tahun lalu dia dalam keadaan berkemampuan (bukan faqir atau miskin), maka dia wajib membayar fidyah. Jika pada Ramadhan tahun lalu dia dalam keadaan tidak berkemampuan, maka dia tidak wajib membayar fidyah, walaupun pada tahun ini dia sudah menjadi orang yang berkemampuan.

Inilah pendapat yang dianggap rajih (kuat) menurut Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Muhadzdzab, iaitu gugurnya kewajiban fidyah bagi orang yang tidak berkemampuan. Pendapat ini disepakati juga oleh Ibnu Hajar, meskipun berbeza dengan pendapat Ar-Rafi’i dan Ar-Ramli (As-Sayyid Al-Bakri, I’anathut Thalibin, II/241; Taqiyuddin Al-Husaini, Kifayatul Akhyar, I/204; Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, II/687).

Pendapat Imam Nawawi itu kiranya lebih tepat dan rajih, sesuai firman Allah SWT :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [TMQ Al-Baqarah (2) : 286]Wallahu a’lam.


Artikel dipetik dari :http://soleh.net/2008/09/18/qada-puasa-bayar-fidyah-dan-ukuran-cupak/

Fidyah

Ingatlah, Allah mengetahui segala niat dan perbuatan kita. Sebahagian masyarakat Islam hari ini terlupa tentang fidyah puasa. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ..dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang-orang miskin. (Al-Baqarah: 184).

Berdasarkan dalil di atas, fidyah puasa hukumnya wajib disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan.

Fidyah puasa (tebusan) ialah denda ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun kerana sengaja melewatkan puasa qada bulan Ramadan. Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian iaitu sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.

Sabda Rasulullah s.a.w., Bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir dan miskin. (Riwayat Al-Tirmizi)

Mengapa dikenakan fidyah? Dan berapakah kadarnya?

Mereka yang wajib membayar fidyah terdiri daripada beberapa golongan iaitu:

* Uzur menunaikan puasa wajib. Golongan ini terdiri daripada mereka yang sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Kadar fidyahnya ialah sehari secupak makanan kepada fakir miskin.

* Perempuan yang hamil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan fidyah dan juga wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan.

* Ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka wajib baginya mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.

* Orang yang telah meninggal dunia. Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

* Melambatkan qada puasa. Mereka yang melambatkan qada puasanya hingga melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda membayar fidyah dan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.

Tuesday, 19 July 2011

Kisah Cikgu dengan Murid

Disuatu ketika di sebuah tadika di pinggir desa, sementara menunggu waktu
sekolah tamat,
seorang cikgu ingin menguji kepintaran anak-murid nya terus memberi satu
ujian sepintas-lalu. .....

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan ?
Murid-murid : Ada cikgu..!!! [di jawab seluruh kanak-kanak dengan penuh
teruja dan bersemangat]

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan
kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : [Lalu si cikgu melontarkan satu soalan yang agak
mengelirukan] Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu..?!?!? ! [sebahagian kanak-kanak menjawab
dengan terkedu dan terpinga-pinga]

Lalu, dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang bijak bernama
Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu-cikgu, boleh saya tanya cikgu soalan?
Guru tadika : Ya boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak...
Amin : Cikgu ada kan ?
Murid-murid : ADA !!!
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak...!!!
Amin : Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : TAK ADA...!!!

...padan dengan muka cikgu.... :-)

Sunday, 17 July 2011

Walker or not your baby will walk

Like everyone else has said there are pros and cons and tons of view points on walkers the discussions are endless, but if your house is safe enough, and they're in it at limited periods of time...will be ok, I think BUT walker or not your baby will walk! If by having walker mummy can do all the works without any tension and mummy thinks that the baby may walk earlier...dear mummy, you are totally wrong. Baby walker give mobility to a child who has no visual spacial awareness thus bump into and fall over things and pull things down.

Yet baby walker promoted incorrect foot strike, walking on tippy toes instead of correct foot placement. Last but not least, baby walker stress knees, hips and backs which are not strong enough to support them. The child NEEDS tummy time and crawling to strengthen said muscles, learn how to pull themselves up and have proper coordination and cognitive development BEFORE becoming upright and mobile. This may be my only views through reading but these the reason why the Government of Canada prohibited baby walker in Canada.

Study in Canada shown the side effects caused by baby walkers as listed belows:
  1. The recent studies brought out that children who uses the baby walker will walk slower that the others. So that there will be a difference of about 2 to 3 weeks.
  1. Usually the bones above to that of knee help in walking but the child who uses the baby walker is done with the help of the bones below the knees.
This is the best option rather than walker
What mummy can do: Physical therapist preaches the use of push toys or wagons to help children learn to walk. Walker puts children's pelvis in an awkward unnatural position. You can use a walker to get a chore done, but don't use it for walking, a push toy is more beneficial for your child as they bear weight properly on their feet with a pelvis tilt that a walker creates.

  1. Since the child in the baby walker keeps on walking the tendency of manual walking arises slowly only. So the child may not even get the balance of walking. Hence, they walk later than that of others.
  1. Many walkers are designed in such a way that the baby cannot see their legs while walking. They cannot even recognize that they walk with the help of their legs.
  1. The children even show some different mode of walking than that of an ordinary child. The legs of those child are bended than that of an ordinary child. So that the way of walking may change and even becomes difficult to change as that of an ordinary man.
  1. Within a few time the child can reach wherever he needs with the help of the walker.
This could caused accident
  1. So that the other members of the family should be aware of this fact and should not keeps poisonous or any such items to their reach. Dangerous things like knife, needles, pins etc have to be kept safe elsewhere. Items such as sharp-headed furniture, door sides are to be always noted that they are moved from the way of fully opened so that to avoid accidents to the little ones.
Sorry, I know baby walkers are popular among mummies but there are facts! Have mummy heard ‘your baby have to crawl before they could walk’. I will make clear why in the next post. Insyaallah.