Kalau Upin dan Ipin pun berusaha Tarawih bagaimana dengan KITA? |
Assalamualaikum wbt.
Countdown to Ramadhan...2 days to go! Di kesempatan ini penulis sekeluarga ingin memohon maaf pada semua pembaca sekiranya ada post entry mahupun sepanjang perkenalan kita yang menguris hati. Maafkan saya! Untuk suami, ibu dan ayah...maafkan apa jua kesalahan dan halalkan makan minum saya sejak Ramadhan (1431H) sebelum ini sehingga Ramadhan 1432H yang bakal menjelang. Semoga Ramadhan kali ini kita semua berjaya melaluinya dengan penuh keinsafan, ketaqwaan dan kesabaran. Seterusnya kita semua akan peroleh barakah dan rahmat dari Allah, insyaallah. Amin ya rabbalamin.
Ramai yang tertanya-tanya apa maksud tajuk mantai di atas?? Mantai sebenarnya adalah bahasa dialek Negeri Sembilan. Biasanya perkataan ini digunakan apabila menerangkan tentang hari@malam persediaan daging sembelihan untuk merendang sehari sebelum Ramadhan ataupun Hari Raya. Menjadi tradisi bagi keluarga kami, hari mantai kebiasaannya jatuh dua malam sebelum menjelang Ramadhan dan dua malam sebelum menjelang Hari Raya. Makanya pada malam kedua sebelum Ramadhan, ayah dan anak lelaki juga menantu lelaki akan ke Pasar Beranang, Negeri Sembilan untuk mendapatkan daging segar baru lepas disembelih. Pada malam tersebut ramai pembeli daging aka persiapan menghadapi hari yang ditunggu-tunggu kerana proses merendang bagi orang Negeri Sembilan atau lebih spesifik lagi Minangkabau adalah WAJIB! hehe. Itu sebablah hari merendang menjadi salah satu hari penting dalam kalendar hidup anak minangkabau!! yeay!!! Ini antara budaya yang diterapkan oleh nenek dan anggut saya, dan dibudayakan semula oleh ayah dan ibu saya kepada anak-anaknya. Keseronokan keluar tengah malam dan balik awal pagi untuk mencari daging ini adalah antara proses Hari Mantai. Peniaga yang berniaga pada malam tersebut bukan hanya dikalangan peniaga daging sahaja...peniaga makanan juga mengambil peluang ini untuk berniaga! Makan-makan time di malam hari sambil membeli daging...Seronokkk!!!
Di waktu pagi sehari sebelum Ramadhan atau Hari Raya, kaum ibu atau anak-anak yang perempuan akan mengambil tanggungjawab 'bersilat di dapur' untuk bersiap sedia untuk memasak rendang @ merendang! Lagi perkara yang menyeronokkan...merendang bersama keluarga. Proses merendang mengambil masa yang bukan singkat tetapi LAMA...mahunya 3-4 jam bergantung kepada berapa kilo daging yang direndang. Lagi banyak kilo daging, lagi lama masa yang diambil untuk menunggu santan yang nisbahnya sama dengan kilo daging ini untuk kering....masaklahhh!! heheh. Waktu ini jugalah ruang dan peluang untuk mengeratkan silaturrahim...
Penulis berharap budaya ini akan dikekalkan dari generasi ke genarasi kerana Hari@Malam Mantai adalah hari yang ditunggu-tunggu bagi individu yang berasal dari Negeri Sembilan dan ingin mengekalkan tradisi ini! Kalau bukan berasal dari Negeri Sembilan pun tidak salah untuk membudayakan tradisi ini untuk menikmati keseronokannya bersama ahli keluarga. Salam Ramadhan al-Mubarak!!!
No comments:
Post a Comment
Comment