Sejujur-jujurnya saya begitu jarang menonton filem melayu. Apatah lagi sejak pemergian arwah Yasmin Ahmad. Saya sukakan filem yang memberikan impak dalam kehidupan...kalau tidak pun yang boleh buat saya berfikir ketika menontonnya. Berbeza dengan filem Hantu Kak Limah balik rumah (HKLBR), ketika adik bongsu saya telah membawa pulang CD dan menontonnya sendirian sambil tergelak-gelak membuatkan saya tertanya 'Apa yang menarik sangat sampai pecah perut dia gelak?' Lalu adik saya sarankan untuk saya tonton filem ini. 'Ini filem pecah panggunglah akak!'. Okay...saya pun membuat keputusan untuk menontonnya.
Babak Awie bertanyakan Kak Limah 'Tak tengok AF ke Kak Limah??' Buat saya tersenyum sendiri. Bayangan saya adalah filem ini akan punyai jalan cerita yang ringan dan mudah untuk difahami. Tekaan saya memang tepat! Selain ringan dan mudah...plot cerita juga banyak unsur humor dan sedikit sindiran...i loike!
Saya rasa kebanyakan dari kita tidak pernah pun mendengar lagu ini. Kalau ada pun yang pernah mendengar lagu ini sudah tentunya anda memang sangat meminatinya. Bagi sesiapa yang baru mendengar lagu ini, sebenarnya tajuk lagi adalah Middle of the Road by Soley soley and first promo on 1962!! This song is now highly ranked in Malaysia due to Hantu Kak Limah Movie! Bagi sesiapa yang pernah menonton Hantu Kak Limah, bilamana lagu ini berkumandang tentu-tentu akan terikut-ikutkan Johan menyanyikan lagu ini....
Antara skrip yang begitu ringan di mulut penonton-penonton yang sudah menonton filem HKLBR!
Skrip Musalman 'Kita bako je! kita bako!' dan 'Siapa setuju angkat tangan macam sayeee!'
Skrip Kak Limah 'Enjit-enjit semut....'
Tahniah kepada Mamat Khalid dan Tayangan Unggul! Selepas Filem Zombi Kampung Pisang, Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tidak mengecewakan dan sangat berjaya memenangi hati peminat filem Malaysia!
No comments:
Post a Comment
Comment