Pengalaman pahit sambut anak pertama di Hospital Serdang
Izhar Serdang, Selangor (13 April 2011)
Satu lagi kisah benar yang berlaku di Hospital Kuala Lumpur: Seorang pakcik tua dilayan dengan kasar dan kemuadiannya nurse itu berkata 'Ini bukan spa hendak dilayan lemah lembut ye!'. Bayangkan.....inikah nurse yang berikrar dalam JANJI KAMI sebagai salah seorang warga KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA?
Dah baca artikel dalam utusan malaysia di atas...sakit hati? geram? menyampah? Semua perasaan buruk yang tidak sepatutnya ada pada orang yang memberikan kita bantuan di hospital akan muncul tiba-tiba kan?? Orang yang saya maksudkan di sini dikenali sebagai NURSE. Buat pengetahuan semua, isu nurse garang, cengel atau tidak mesra pesakit adalah isu berbangkit! Ini berlaku juga pada ibu saya di Hospital Seremban ketika melahirkan saya 27 tahun yang lalu! Kenapa masalah ini masih lagi kekal dalam jiwa seorang nurse? Bukankah mereka telah berjanji dalam JANJI KAMI? Maknanya nurse-nurse ini tidak menunaikan janji mereka....maka jawablah nanti DI SANA.
Nurse bagi saya adalah satu bidang tugas yang sangat mulia. Ini disebabkan peluang dan kebolehan mereka ditunjukkan melalui bantuan yang diberikan kepada pesakit...PESAKIT (orang yang berada dalam keadaan kurang upaya untuk membuat aktiviti seperti biasa!). Maknanya pesakit perlu diberi layanan dengan senyuman, lemah lembut...pendek kata dengan emosi yang positif! Puas sudah kerajaan membuat kempen-kempen supaya pekerja-pekerja awam mesra pelanggan. Salah satu daripadanya ialah BUDI BAHASA BUDAYA KITA. 'Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa'.
Sekarang dah 2011! 5 tahun sudah pun berlalu tanpa keputusan yang jitu cuma persis! Pada pendapat saya nurse-nurse mungkin tidak jelas tentang kempen ini kerana tidak disenaraikan di antara 7 Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa. Ini menyebabkan mereka merasakan selama ini mereka sememangnya berbudi bahasa! Sedih betul bila memikirkan kenapa nurse hospital kerajaan bersikap negatif terhadap pesakit. Bukan saya cuba mengangkat martabat private hospital tapi kenyataan dah sememangnya begitu. Sepanjang pengalaman saya mendapatkan khidmat dari Private Hospital sangat-sangatlah berbaloi.
Pengalaman bersalin di Hospital An-Nur Bandar Baru Bangi dan membuat follow-up dengan Paeds di sana setakat ini masih lagi baik dan saya sangat puas hati. Alhamdulillah. Nurse di hospital ini langsung tidak lokek memberikan senyuman...malah cepat menghulurkan bantuan bila mana diperlukan. Iye memang betul, duit pun akan mengalir macam air kalau mendapatkan khidmat di private hospital! Ini hakikat pada kita-kita yang mampu dan ada alternatif lain!!!! Bagaimana dengan golongan sebaliknya?? Lagi-lagi pada golongan pekerja awam yang pencen dan sepanjang perkhidmatannya mereka telah membayar cukai....sedarkah nurse, duit inilah digunakan untuk membayar gaji kamu??? Kenapa kamu layan mereka seperti mereka ini tidak menyumbang apa-apa???
Maafkan saya jika kenyataan saya ini berat kepada tidak puas hati dengan mutu khidmat nurse di hospital kerajaan...Amat susah untuk saya nyatakan hanya segelintir yang begini, ini kerana rata-rata complain yang saya dengar dari kawan-kawan saya, kawan-kawan ibu saya, kawan-kawan jiran saya dan dari semua yang saya kenal acap kali menyatakan betapa negatifnya nurse di hospital kerajaan!!! Buat nurse sekalian....Tolonglah ubah sikap anda dan bekerjalah dengan integriti juga ikhlas! Kerja anda sangat mulia!!!!
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
LOGO
Latar Belakang Putih
Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.
Sentuhan di Hati
Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.
Hati Berwarna Merah
Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
Tangan
Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.
Nilai-nilai Teras
Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.
MOTO
Kami Sedia Membantu
Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai
satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan
secara profesional.
secara profesional.
Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.
NILAI-NILAI TERAS
Penyayang
Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.
Profesionalisme
Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.
Kerja BerpasukanKami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.
JANJI KAMI
Kami Sedia Membantu
Kami Komited terhadap keperluan anda
Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.
Kami melaksanakan apa yang dirancang
Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.
Kami berdedikasi terhadap tugas
Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.
KOMITMEN KAMI
Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.
Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.
Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.
IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM
Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:
• Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;
• Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;
• Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;
• Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta
• Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.
No comments:
Post a Comment
Comment