Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 5 July 2011

Tips Bijak Asuhan Anak~ Part 1

Assalamualaikum

Sebagai ibu yang masih muda dan mentah, penulis ingin berkongsi koleksi tip-tip asuhan anak yang saya perolehi dari pembacaan majalah dan buku-buku yang boleh dijadikan amalan. Dapat penulis simpulkan bahawa terdapat 10 tip penting mengasuh anak dengan bijak:

  1. Nama panggilan yang baik. Maka kita sebagai ibu bapa seharusnya memberikan nama yang baik-baik dengan makna yang baik. (Butir kata dari mulut ibu dan bapa untuk anaknya adalah du'a).
  2. Anak-anak perlulah diberikan pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
  3. Pandanglah ana-anak anda dengan penuh kasih sayang. Ini akan membuatkan anak mempunyai keyakinan lebih tinggi.
  4. Berilah penghargaan pada anak-anak anda. Lakukan pelukan, berikan pujian dan ciuman, ganjarkan mereka dengan hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman bagi setiap kebaikan yang dilakukannya.
  5. Terima seadanya anak anda. Jangan sekali mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Terimalah hakikat bahawa mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang dan tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan.
  6. Jangan sekali-kali mengeluh. Keluhan hanya akan membuatkan anak-anak anda merasakan diri mereka beban.
  7. Dengarlah cerita anak anda sehingga habis, kemudian barulah mencelah. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran bercakap.
    1. Tenangkan anak anda apabila melakukan kesilapan. Anak akan tahu dirinya disayangi oleh anda.
    2. Tunjukkan cara tenangkan diri yang betul. Ini akan menjadi ikutan anak-anak.
    3. Luangkanlah masa bersama anak-anak dengan kerap. Peganglah tangan mereka ketika berjalan-jalan. Mereka akan merasakan kehadiran diri mereka sangat penting dalam keluarga.


    Semoga tip ini akan berguna untuk kita bersama. Jangan lupa baca post Tips Bijak Asuhan Anak~ Part 2 pula ye. Untuk part 2 penulis akan lebih fokuskan kepada asuhan islamik. Insyaallah.  
    Photo courtesy of Zazzle.com 

    Berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi!

    Assalamualaikum

    Penulis terpanggil untuk menulis post ini kerana apabila teringat kepada individu yang sudah berusia emas dan terlalu ingin mendapatkan ilmu agama. Beliau begitu mudah untuk menerima ajaran daripada buku, televisyen dan pelbagai sumber tanpa berguru iaitu one way communication! Kalau belajar tanpa guru, maksudnya kita belajar dari buku sahaja (salah satu contoh one way communication). Apa yang kita tak faham boleh selesai dengan baca buku je ke? Bila dah malas nak berguru, jadilah yang bergurukan pada google, berguru pada youtube. Kita tak kenal siapa yang menulis, siapa yang berkata. Kita tak nampak akhlaknya betul atau tidak. Sama atau tidak dengan apa yang dia kata dan apa yang dia buat. Boleh buatkan orang rasa tenang atau makin celaru. Berguru adalah two way communication, boleh menjawab persoalan yang timbul di kotak pemikiran dan bisikan hati.

    Contohnya:
    Saya baca buku yang kata: Allah ada tangan...Tak dapat tidak, saya akan terbayang dalam fikiran tangan makhluk. Tapi dia tulis dalam buku tu tangan Allah tak sama dengan tangan makhluk. Tapi saya terfikir sama jugak. Sebab dalam satu youtube ada sorang ustaz tuh kata tangan Allah begini, kakinya begini (dia tunjuk dengan tangan dan kakinya sekali). Akhirnya saya teringat balik apa yang saya belajar dulu dengan ustaz yang lebih selamat. Dia kata tangan Allah, ulama’ kata digantikan dengan kekuasaan Allah itu. Sebab nak elakkan kita dari memikir atau serupakan Allah dengan makhluk. Fuh... nasib baik ada belajar juga dari ustaz.
    Betul lain orang lain caranya. Hendak belajar agama dari buku kena ada ilmu asas yang kukuh lagi-lagi apabila menuntut ilmu dalam bab aqidah. Ramai yang terpesong sebab tidaak faham apa yang dibaca. Bukan sedikit yang baca buku agama tanpa pemahaman sebab tiada guru yang menerangkan dibisikkan syaitan dalam hatinya. Timbul was-was dalam hati, kemudian akhirnya mula malas nak beribadah. Kemudian syaitan pun bisikkan supaya jangan percaya pada Allah. Realitinya ramai yang telah terpesong....dah banyak berlaku. Yang memandai-mandai dalam agama pun ramai juga. Carilah guru yang ada tauliah. Akhir kata: Berguru di padang sasar dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi!
    ~ Membaca jambatan ilmu, kemusykilan diselesaikan dengan berguru! ~
    'Kita perlu berubah untuk mengubah' 


    Ketikansaya ingin mengakhirkan post ini penulis terjumpa huraian ini:

    “Islam tidak menghalang untuk seseorang mempelajari melalui buku, internet, video dan sebaginya namun Islam mengajar kita menemui guru dan belajar daripada mereka face to face atau yg disebut sebagai talaqqi untuk memahami kaedah/formula ilmu yang betul. Walaupun kita tidak ingin menyempitkan istilah berguru tetapi jangan pula kita meluaskan tanpa batasan nanti kita dikira sebagai orang yang melampui hudud yang Allah tetapkan..bukankah sebaik-baik perkara yang pertengahan seperti slogan yang dilaungkan golongan protaz "khorul umuri ausatuha". Kaedah usul fiqh ada menyebut "iza dhoqo ittasa3a izattasa3a dhoqo". Saya cuba mendekatkan kefahaman kawan-kawan dengan contoh yang mudah. Seperti kita mempelajari matematik. Apa yang perlu kita tahu secara basic ialah formula itu sendiri. Daripada mana kita mendapat formula itu? Apakah dengan hanya melalui pembacaan kita akan memahami formula-formula tanpa berguru?? Sudah tentu kita tidak mampu menyelesaikan sesuatu permasalahan matematik tanpa formula yang difahami dan dipelajari daripada guru matematik.. Setelah kita mengetahui formula yang betul maka tidak salah untuk kita mengkaji daripada buku-buku tetapi mestilah setelah menguasai formula daripada guru-guru yang berauthority agar penyelesaian kepada permasalahan akan dijawab dengan tepat dan betul. Satu persoalan yang perlu direnungkan bersama. Apakah seorang doktor mampu menjadi doktor dengan hanya melalui pembacaan?? Kalau macamtu saya pun boleh jadi doktor dan bercakap mengenai ilmu perubatan.. Jika perkara duniawiyyah yang zahir ini pun tidak bisa bagaimana dengan urusan agama yang banyak terkandung perkara-perkara ghoibiyyah dan sam3iyyat yang tidak dapat difikir dan ditasawwur (digambarkan) dengan akal yang singkat ini. Sahabat-sahabat di zaman Rasulullah SAW mereka itu menemui Rasulullah untuk bertanyakan setiap permasalahan yang dihadapi oleh mereka seperti yang kita dapat tahu melalui penceritaan hadis. Zaman kita kita ulama' adalah pewaris Nabi..Tanya dan belajarlah daripada mereka yang mana mereka belajar daripada guru mereka sehinggalah kepada Nabi SAW secara tasalsul.”

    Wallahu’alam.

    Monday, 4 July 2011

    Doa Pembuka 12 Pintu


    Marilah kita sama-sama amalkan Doa pembuka 12 pintu ini. Doa ini kerap kali diajar oleh yang berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dalam setiap ceramah dan kursus beliau. Menurut beliau, doa ini sangat sesuai diamalkan oleh semua lapisan masyarakat...lagi-lagi buat sesiapa yang masih belum bertemu jodoh dan ingin keluasan rezeki! Walau apapun niat dan tujuan mengamalkan doa ini, kita kenalah yakin dengan Dia, Allah yang menjadikan dan mematikan, dan didoakan semoga mendapat keberkatan dalam mengamalkannya..amin ya rabbalamin.


    Parkir khas OKU

    Assalamualaikum
    Semalam ketika dalam perjalanan pulang ke Kota Tinggi, kami singgah untuk menunaikan solat jamak di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Machap. Keadaan di kawasan hentian R&R sangat sesak dengan kereta pada petang itu, mungkin kerana orang selatan kebanyakannya baru pulang dari Kuala Lumpur sempena Karnival Megasale 1Malaysia yang sedang berlangsung...mungkin! hehe.

    Kemungkinan ini juga ramai yang telah menyalahgunakan parkir khas untuk pemandu OKU...terang lagi bersuluh papan tanda berwarna kuning itu tertulis KHAS UNTUK OKU dengan kawasan parkir mempunyai lukisan 'kerusi roda'. Emmm....penulis rasakan mereka juga tergolong sebagai OKU apabila pemandu kereta yang hakikatnya bukan OKU tetapi masih ingin meletakkan kenderaan mereka di kawan KHAS ini....pemandu-pemandu ini penulis kategorikan sebagai OKU kerana tidak boleh membaca papan tanda! ya! apa lagi penjelasan yang boleh diberikan?!

    Sepanjang 30 minit penulis di R&R Machap, sambil menunggu En.Hasben menemani Marha bermain buaian berhampiran kawasan parkir khas OKU ini...penulis terasa perhatian penulis tertarik dengan etika pemandu kereta berplat Singapore yang begitu sensitif dengan papan tanda ini. Langsung tiada kereta berplat Singapore berani mengisi kekosongan parkir khas ini. Tetapi kenapa purata 3 dari 5 buah kenderaan pemandu berplat Malaysia akan mengisi kekosongan parkir khas OKU ini. Kenapa pemandu kereta berplat Malaysia kurang sensitif? Adakah kerana pemandu Malaysia lebih berani mengambil risiko dengan andaian tidak mungkin ada pemadu OKU berhenti di R&R Machap? Kenapa pemandu Singapore lebih sensitif dan beretika dalam perihal ini?

    Bukan maksud penulis ingin terlebih memuji pemandu berplat singapore....penulis juga pemnadu berplat Malaysia!! Tetapi kenapa berlaku keadaan sedemikian?? Seharusnya pemandu-pemandu hari ini lebih prihatin dan sensitif dengan papan tanda....jangan terlalu ambil mudah dengan andaian sebagai alasan untuk kita yang bukan OKU ini mengambil hak OKU! Janganlah tunggu sehingga penguatkuasa menyaman kenderaan anda atau sehingga ada orang yang menegur kesalahan anda! Jangan jadikan alasan terpaksa berjalan jauh untuk kita yang bukan OKU ini untuk meletakkan kenderaan khas ini. Ini adalah tanggungjawab peribadi...kalau dah bukan hak kita apalah salahnya jika kita parkir kenderaan di tempat yang 'agak' jauh kerana kita mampu berjalan jauh!! 

    Kepada pemandu-pemandu Malaysia...marilah kita sama-sama menjadi pemandu yang prihatin dan sensitif dengan papan tanda! Secara tidak langsung kita akan belajar menghormati hak orang lain...juga akan mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya! Hanya dengan 'pandai' menbaca papan tanda!!!! YA!!
    Wallahua'lam. 

    Andainya kalian inginkan maklumat lanjut, bolehlah dapatkan lebih informasi di link di bawah. Kempen 'Save our Space'!



    Saturday, 2 July 2011

    Kuih Bakar ~ Kegemaran turun-temurun

    Bahan-bahan:

    1 cawan gula
    1 cawan jus pandan (atau air + pandan essence)
    2 cawan tepung gandum
    2 1/4 cawan santan (atau 1 can santan- 450ml)
    2 tbs butter
    3 biji telur
    1/2 tsp garam
    colour hijau
    Bijan

    Cara membuatnya:

    1.            Campurkan semua bahan. Blend sampai sebati.
    2.            Masukkan 2 sudu minyak dalam loyang.
    3.            Panaskan loyang dlm oven. Bila minyak dah panas, masukkan    
    mixture kuih tadi , kemudian taburkan bijan. 
    4.  Bakar dalam oven pada suhu 180oC sampai kecoklatan.

    *Asalkan buat kuih bakar ni gambar tak dan nak amik dah lesap masuk perut..chedapp!! Nanti saya usahakan upload gambar ye. Buat sementara ni, sesiapa yang tak terbayang kuih bakar yang mana bolehlah google image 'Kuih Bakar'. Selamat mencuba!

    Bahaya Bahan Kimia~Jangan kerana Untung Badan Binasa

    “Racun serangga yang digunakan dalam perindustrian, pembungkus makanan juga boleh menjadi medium bahan kimia jenis pengganggu system endokrin berlaku. Dan kesan yang boleh ditimbulkan oleh tindak balasnya bakal menghasilkan penyakit seperti autistic, kanser, diabetes, kes-kes pra-matang bagi kanak-kanak, masalah imunisasi, obesity dan masalah kesuburan”
    Profesor Dr. A’aishah Senin
    Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kemeterian Kesihatan Malaysia
    Penulis sangat tertarik dengan kenyataan yang diberikan oleh Prof. A’aisyah ini. Melalui beberapa pembacaan dan hasilan dapatan, penulis ingin berkongsi beberapa bahan kimia yang digunakan secara meluas di Negara kita ini. Bahan kimia yang penulis maksudkan antaranya adalah DDT, Diethylstilbestrol (DES), Polychorinated Biophenol (PCBs) dan Polybrominated Diphenyl Esthers (PBDEs). Bahan kimia beracun ini telah digunakan secara meluas dengan tujuan untuk mengawal serangan serangga juga perosak tanaman. Namun kehadiran dan pendedahan bahan kimia ini dalam kadar yang sedikit semmemangnya tidak memudaratkan. TETAPI jika pendedahan berpanjangan dalam satu tempoh yang panjang, lambat-laun ia akan memberikan kesan yang buruk kepada alam sekitar, flora, fauna dan juga manusia!

    Bahan kimia ini bertindak mengganggu system endokrin atau kelenjar hormone manusia sehingga menyebabkan pembahagian sel, mengganggu sel genetic dan lebih teruk lagi ialah mutasi sel. Kebanyakan bahan kimia ini dihasilkan secara sintetik yang mana ia mampu memberikan impak yang lebih besar kerana bahan kimia sintetik lebih mirip dengan hormone manusia!

    Kajian yang dilakukan oleh Universiti Minnesota terhadap air buangan industry daripada sector pertanian dan tanaman di St. Paul, Amerika Syarikat mendapati 90% bahan kimia pengganggu kelenjar hormone manusia mirip kepada estrogen dihasilkan dari industry ini. Apabila kajian klinikal dilakukan, didapati bahawa bahan kimia ini mampu mengganggu pergerakan dan tahap keaktifan sperma lelaki. Malah lebih mengejutkan apabila lelaki yang terdedah kepada bahan ini dalam tempaoh yang panjang mampu merubah sifat lelaki ke arah kewanitaan secara perlahan-lahan. Ini BUKTi kukuh bahawa bahan kimia ini berbahaya sehingga ia boleh meracun tubuh badan tanpa kita sedari.

    Pada tahun 1947, suntikan DES telah diberikan kepada hamper 5 juta wanita hamil dalam usaha mengatasi masalah keguguran di kalangan wanita hamil. Tetapi kini suntikan ini tidak diberikan kerana DES telah menjadi bahan yang berbahaya dalam badan. Kajian menunjukkan penggunaannya telah menyebabkan anak yang lahir dari ibu yang disuntik telah diserang kanser alat sulit (lelaki dan wanita) dan mengganggu organ pembiakan. Suntikan ini telah dihentikan penggunaannya kepada manusia.

    Selain dari aktiviti pertanian dan industry, bahan kimia seperti PCBs dan PBDEs wujud dalam kebanyakan bekas plastic, computer, peralatan elektronik seperti TV, karpet di rumah, lampu, baju, kusyen, komponen kereta, bahan pencuci dan banyak lagi. Pendedahan PCBs yang melampau akan mengakibatkan individu mendapat jerawat yang dipanggil Chaocne. Sekiranya tidak mendapat rawatan awal ia akan menular menjadi kanser kulit. Malah jika PCBs bergabung dengan hormone, ia akan jadi amat beracun pada hati.

    Oh ye..ada satu lagi bahan kimia yang perlu ibu-ibu waspada iaitu Phathale. Bahan ini banyak digunakan dalam pembuatan barangan mainan kanak-kanak, lantai, peralatan perubatan, kosmetik dan penyaman udara. Waspadalah dengan apa yang disekeliling anda!

    Walaupun banyak kajian yang telah dilakukan tentang bahaya pendedahan bahan kimia ini ke atas manusia tetapi  kerana keuntungan berlipat kali ganda yang bakal diperolehi oleh kebanyakan pengeluar, perkataan BAHAYA tidak memberikan impak kepada pengeluar dan pengguna (harga barangan lebih murah). Sedarkah kita IMPAK kesan bahan kimia ini akan memberikan kesan kepada kita dalam jangka masa panjang dan generasi akan datang? Persoalannya...Kenapa kawalan penggunaan bahan-bahan kimia ini di ambil mudah? Seharusnya badan bertanggungjawab ‘bekerja’ sebagai langkah awal untuk mengeluarkan label ‘ingredients’ ke atas bahan-bahan tidak berlabel (kusyen, mainan kanak-kanak etc) sekiranya mengandungi bahan kimia yang kita kategorikan sebagai BAHAYA sebagai AWARENESS kepada pembeli. Badan bertanggungjawab juga perlu menyiasat, mengkaji dan mengharamkan jika perlu ke atas barangan yang menggunakan bahan kimia bahaya ini. Kenapa tidak?? Sama seperti yang dilakukan terhadap bahan kimia BPA. Makanya, pembeli berhak memilih! Pembeli hari ini makin bijak untuk memilih yang selamat...BPA FREE!!! 


    ::Kita perlu berubah untuk mengubah::

    Muffin Apple & Pecan

    Bahan bahannya:
    Bahan A
    1 ¼ cawan tepung gandum
    1 sudu teh soda bikarbonat
    ½  sudu teh cinnamon powder
    Secubit garam

    Bahan B
    1 cawan castor sugar
    ½ cawan corn oil
    1 telur saiz besar
    2 sudu teh lemon juice
    1 sudu vanilla essence
    Parutan 1 biji kulit lemon

    2 biji apple saiz besar, potong dadu
    1 cawan corn flakes, diramas kasar (coarsely crushed)
    1 cawan pecan goreng

    Cara membuatnya:
    •  Ayak semua bahan A. Ketepikan
    • Sebatikan semua bahan B.
    • Bahan B dicampur dan disebatikan dengan bahan A.
    • Masukkan apple, corn flakes dan pecan goreng.
    • Masukkan campuran ke dalam acuan hingga 2/3 penuh (spread evenly).
    • Bake in preheated oven at 180oC for 20-25 minutes or lightly brown.
    • Cool on wire reck.
    *Make about 2 dozen

    Wednesday, 22 June 2011

    Akibat penggunaan alatan berasaskan BPA

    Dalam post yang lepas telah saya nyatakan apa itu BPA dan beberapa fakta berkenaannya. Satu lagi fakta yang tidak diketahui atau kurang kesedaran akibat penggunaan barangan berasaskan BPA ialah menjejaskan fungsi seksual kaum lelaki atau dengan istilah lebih mudah kejadian lelaki lembut yang menular pada masa kini.
    Saya sangat tertarik dengan kenyataan yang diberikan oleh Profesor Madya Dr. Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam majalah kesihatan iSIHAT:
    “BPA dan Nonylphenol mampu menjejaskan kesihatan manusia tidak kira jantina kerana kehadiran bahan kimia ini akan mengganggu kestabilan hormone. Namun kesannya lebih buruk kepada lelaki kerana kandungan molekul dari BPA amat mirip dengan hormone tubuh wanita iaitu estrogen”
    Tegasnya lagi “Kehadiran hormone wanita tiruan di dalam badan lelaki akan merendahkan penghasilan testosterone sehingga mungkin menjadikan golongan yang terkenal dengan sifat gagah ini mengalami masalah kesihatan berhubungan dengan keupayaan fungsi seksualnya dan sedikit menjejaskan tingkah lakunya”
    Kes 1
    Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat ke atas Tasik Apopka dekat Florida. Pengkaji mendapati buaya jantan di tasik ini terdedah kepada pencemaran bahan plastic (BPA) akibat daripada pembuangan plastic secara tidak terkawal di kawasan sekitar tasik ini. Buaya jantan di Tasik Apopka ini telah didapati mengalami pengecilan organ pembiakannya dan bertukar secara perlahan-lahan menjadi buaya betina! Kenyataan ini sangat membimbangkan para saintis dan berlaku kemungkinan bahawa fenomena ini mampu menyalar ke dalam kehidupan manusia juga jika penggunaan barangan berasakan BPA tidak dikawal dengan cepat dan berkesan.
    Kes 2
    Kajian yang dilakukan di Jepun ke atas sebuah tasik yang mengalami pencemaran teruk industry plastic pula mendapati ikan Koi yang hidup di dalam tasik ini mengalami nasib yang sama dengan fenomena yang berlaku di Tasik Apopka. Kebanyakan ikan Koi yang hidup di dalam tasik ini adalah betina, termasuklah anak-anak ikan yang baru menetas juga adalah betina.
    Kes 3
    Kajian yang dijalankan pada tahun 1999 ke atas manusia juga membuktikan kerakusan akibat BPA. Pendedahan badan manusia terhadap BPA mendapati kaum lelaki yang terdedah pada BPA berubah tingkah laku dan tahap kelembutannya yang mirip kea rah kewanitaannya. Walau bagaimanapun ujian ke atas manusia ini melibatkan penelitian terhadap factor-faktor seperti gen, usia, persekitaran dan pelbagai lagi.
    Kesimpulannya di sini, mulai sekarang elakkan minum dan makan di dalam bekas yang berunsurkan plastic. Janganlah kerana tertarik kepada botol-botol yang berwarna-warni kita lupa bahawa kesan penggunaan barangan berasaskan BPA ini sangat bahaya. Beralihlah kepada botol tahan keluli (stainless steel) atau botol kaca. Jangan sekali-kali memanaskan makanan menggunakan barangan plastic di dalam gelombang mikro kerana BPA mampu dirembeskan apabila didedahkan pada suhu tinggi. 

    Tuesday, 21 June 2011

    Amalan ketika mengandung

    "Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mengurniakan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan." (Hadis Sahih)

    Sebagai Islam, ini antara surah-surah yang digalakkan untuk ibu-ibu mengandung amalkan:
    1. Surah Al-Fatihah- Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan
    2. Surah Maryam- Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
    3. Surah Luqman- Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa
    4. Surah Yusuf- Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak
    5. Surah Hujurat- Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
    6. Surah Yasin- Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
    7. Surah At-Taubah-Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat
    8. Surah An-Nahl- Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
    Berikut adalah antara hadis sahih dan difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Qur'an berkenaan dengan wanita hamil dan melahirkan anak:
    "Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti berpuasa pada siang hari."
    "Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti beribadat pada malam hari."
    "Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah akan mengurniakan satu pahala haji."
    Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid di jalan Allah.