Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, 4 July 2011

Parkir khas OKU

Assalamualaikum
Semalam ketika dalam perjalanan pulang ke Kota Tinggi, kami singgah untuk menunaikan solat jamak di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Machap. Keadaan di kawasan hentian R&R sangat sesak dengan kereta pada petang itu, mungkin kerana orang selatan kebanyakannya baru pulang dari Kuala Lumpur sempena Karnival Megasale 1Malaysia yang sedang berlangsung...mungkin! hehe.

Kemungkinan ini juga ramai yang telah menyalahgunakan parkir khas untuk pemandu OKU...terang lagi bersuluh papan tanda berwarna kuning itu tertulis KHAS UNTUK OKU dengan kawasan parkir mempunyai lukisan 'kerusi roda'. Emmm....penulis rasakan mereka juga tergolong sebagai OKU apabila pemandu kereta yang hakikatnya bukan OKU tetapi masih ingin meletakkan kenderaan mereka di kawan KHAS ini....pemandu-pemandu ini penulis kategorikan sebagai OKU kerana tidak boleh membaca papan tanda! ya! apa lagi penjelasan yang boleh diberikan?!

Sepanjang 30 minit penulis di R&R Machap, sambil menunggu En.Hasben menemani Marha bermain buaian berhampiran kawasan parkir khas OKU ini...penulis terasa perhatian penulis tertarik dengan etika pemandu kereta berplat Singapore yang begitu sensitif dengan papan tanda ini. Langsung tiada kereta berplat Singapore berani mengisi kekosongan parkir khas ini. Tetapi kenapa purata 3 dari 5 buah kenderaan pemandu berplat Malaysia akan mengisi kekosongan parkir khas OKU ini. Kenapa pemandu kereta berplat Malaysia kurang sensitif? Adakah kerana pemandu Malaysia lebih berani mengambil risiko dengan andaian tidak mungkin ada pemadu OKU berhenti di R&R Machap? Kenapa pemandu Singapore lebih sensitif dan beretika dalam perihal ini?

Bukan maksud penulis ingin terlebih memuji pemandu berplat singapore....penulis juga pemnadu berplat Malaysia!! Tetapi kenapa berlaku keadaan sedemikian?? Seharusnya pemandu-pemandu hari ini lebih prihatin dan sensitif dengan papan tanda....jangan terlalu ambil mudah dengan andaian sebagai alasan untuk kita yang bukan OKU ini mengambil hak OKU! Janganlah tunggu sehingga penguatkuasa menyaman kenderaan anda atau sehingga ada orang yang menegur kesalahan anda! Jangan jadikan alasan terpaksa berjalan jauh untuk kita yang bukan OKU ini untuk meletakkan kenderaan khas ini. Ini adalah tanggungjawab peribadi...kalau dah bukan hak kita apalah salahnya jika kita parkir kenderaan di tempat yang 'agak' jauh kerana kita mampu berjalan jauh!! 

Kepada pemandu-pemandu Malaysia...marilah kita sama-sama menjadi pemandu yang prihatin dan sensitif dengan papan tanda! Secara tidak langsung kita akan belajar menghormati hak orang lain...juga akan mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya! Hanya dengan 'pandai' menbaca papan tanda!!!! YA!!
Wallahua'lam. 

Andainya kalian inginkan maklumat lanjut, bolehlah dapatkan lebih informasi di link di bawah. Kempen 'Save our Space'!



No comments:

Post a Comment

Comment