Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 5 July 2011

Berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi!

Assalamualaikum

Penulis terpanggil untuk menulis post ini kerana apabila teringat kepada individu yang sudah berusia emas dan terlalu ingin mendapatkan ilmu agama. Beliau begitu mudah untuk menerima ajaran daripada buku, televisyen dan pelbagai sumber tanpa berguru iaitu one way communication! Kalau belajar tanpa guru, maksudnya kita belajar dari buku sahaja (salah satu contoh one way communication). Apa yang kita tak faham boleh selesai dengan baca buku je ke? Bila dah malas nak berguru, jadilah yang bergurukan pada google, berguru pada youtube. Kita tak kenal siapa yang menulis, siapa yang berkata. Kita tak nampak akhlaknya betul atau tidak. Sama atau tidak dengan apa yang dia kata dan apa yang dia buat. Boleh buatkan orang rasa tenang atau makin celaru. Berguru adalah two way communication, boleh menjawab persoalan yang timbul di kotak pemikiran dan bisikan hati.

Contohnya:
Saya baca buku yang kata: Allah ada tangan...Tak dapat tidak, saya akan terbayang dalam fikiran tangan makhluk. Tapi dia tulis dalam buku tu tangan Allah tak sama dengan tangan makhluk. Tapi saya terfikir sama jugak. Sebab dalam satu youtube ada sorang ustaz tuh kata tangan Allah begini, kakinya begini (dia tunjuk dengan tangan dan kakinya sekali). Akhirnya saya teringat balik apa yang saya belajar dulu dengan ustaz yang lebih selamat. Dia kata tangan Allah, ulama’ kata digantikan dengan kekuasaan Allah itu. Sebab nak elakkan kita dari memikir atau serupakan Allah dengan makhluk. Fuh... nasib baik ada belajar juga dari ustaz.
Betul lain orang lain caranya. Hendak belajar agama dari buku kena ada ilmu asas yang kukuh lagi-lagi apabila menuntut ilmu dalam bab aqidah. Ramai yang terpesong sebab tidaak faham apa yang dibaca. Bukan sedikit yang baca buku agama tanpa pemahaman sebab tiada guru yang menerangkan dibisikkan syaitan dalam hatinya. Timbul was-was dalam hati, kemudian akhirnya mula malas nak beribadah. Kemudian syaitan pun bisikkan supaya jangan percaya pada Allah. Realitinya ramai yang telah terpesong....dah banyak berlaku. Yang memandai-mandai dalam agama pun ramai juga. Carilah guru yang ada tauliah. Akhir kata: Berguru di padang sasar dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi!
~ Membaca jambatan ilmu, kemusykilan diselesaikan dengan berguru! ~
'Kita perlu berubah untuk mengubah' 


Ketikansaya ingin mengakhirkan post ini penulis terjumpa huraian ini:

“Islam tidak menghalang untuk seseorang mempelajari melalui buku, internet, video dan sebaginya namun Islam mengajar kita menemui guru dan belajar daripada mereka face to face atau yg disebut sebagai talaqqi untuk memahami kaedah/formula ilmu yang betul. Walaupun kita tidak ingin menyempitkan istilah berguru tetapi jangan pula kita meluaskan tanpa batasan nanti kita dikira sebagai orang yang melampui hudud yang Allah tetapkan..bukankah sebaik-baik perkara yang pertengahan seperti slogan yang dilaungkan golongan protaz "khorul umuri ausatuha". Kaedah usul fiqh ada menyebut "iza dhoqo ittasa3a izattasa3a dhoqo". Saya cuba mendekatkan kefahaman kawan-kawan dengan contoh yang mudah. Seperti kita mempelajari matematik. Apa yang perlu kita tahu secara basic ialah formula itu sendiri. Daripada mana kita mendapat formula itu? Apakah dengan hanya melalui pembacaan kita akan memahami formula-formula tanpa berguru?? Sudah tentu kita tidak mampu menyelesaikan sesuatu permasalahan matematik tanpa formula yang difahami dan dipelajari daripada guru matematik.. Setelah kita mengetahui formula yang betul maka tidak salah untuk kita mengkaji daripada buku-buku tetapi mestilah setelah menguasai formula daripada guru-guru yang berauthority agar penyelesaian kepada permasalahan akan dijawab dengan tepat dan betul. Satu persoalan yang perlu direnungkan bersama. Apakah seorang doktor mampu menjadi doktor dengan hanya melalui pembacaan?? Kalau macamtu saya pun boleh jadi doktor dan bercakap mengenai ilmu perubatan.. Jika perkara duniawiyyah yang zahir ini pun tidak bisa bagaimana dengan urusan agama yang banyak terkandung perkara-perkara ghoibiyyah dan sam3iyyat yang tidak dapat difikir dan ditasawwur (digambarkan) dengan akal yang singkat ini. Sahabat-sahabat di zaman Rasulullah SAW mereka itu menemui Rasulullah untuk bertanyakan setiap permasalahan yang dihadapi oleh mereka seperti yang kita dapat tahu melalui penceritaan hadis. Zaman kita kita ulama' adalah pewaris Nabi..Tanya dan belajarlah daripada mereka yang mana mereka belajar daripada guru mereka sehinggalah kepada Nabi SAW secara tasalsul.

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment

Comment