Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 2 July 2011

Bahaya Bahan Kimia~Jangan kerana Untung Badan Binasa

“Racun serangga yang digunakan dalam perindustrian, pembungkus makanan juga boleh menjadi medium bahan kimia jenis pengganggu system endokrin berlaku. Dan kesan yang boleh ditimbulkan oleh tindak balasnya bakal menghasilkan penyakit seperti autistic, kanser, diabetes, kes-kes pra-matang bagi kanak-kanak, masalah imunisasi, obesity dan masalah kesuburan”
Profesor Dr. A’aishah Senin
Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kemeterian Kesihatan Malaysia
Penulis sangat tertarik dengan kenyataan yang diberikan oleh Prof. A’aisyah ini. Melalui beberapa pembacaan dan hasilan dapatan, penulis ingin berkongsi beberapa bahan kimia yang digunakan secara meluas di Negara kita ini. Bahan kimia yang penulis maksudkan antaranya adalah DDT, Diethylstilbestrol (DES), Polychorinated Biophenol (PCBs) dan Polybrominated Diphenyl Esthers (PBDEs). Bahan kimia beracun ini telah digunakan secara meluas dengan tujuan untuk mengawal serangan serangga juga perosak tanaman. Namun kehadiran dan pendedahan bahan kimia ini dalam kadar yang sedikit semmemangnya tidak memudaratkan. TETAPI jika pendedahan berpanjangan dalam satu tempoh yang panjang, lambat-laun ia akan memberikan kesan yang buruk kepada alam sekitar, flora, fauna dan juga manusia!

Bahan kimia ini bertindak mengganggu system endokrin atau kelenjar hormone manusia sehingga menyebabkan pembahagian sel, mengganggu sel genetic dan lebih teruk lagi ialah mutasi sel. Kebanyakan bahan kimia ini dihasilkan secara sintetik yang mana ia mampu memberikan impak yang lebih besar kerana bahan kimia sintetik lebih mirip dengan hormone manusia!

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Minnesota terhadap air buangan industry daripada sector pertanian dan tanaman di St. Paul, Amerika Syarikat mendapati 90% bahan kimia pengganggu kelenjar hormone manusia mirip kepada estrogen dihasilkan dari industry ini. Apabila kajian klinikal dilakukan, didapati bahawa bahan kimia ini mampu mengganggu pergerakan dan tahap keaktifan sperma lelaki. Malah lebih mengejutkan apabila lelaki yang terdedah kepada bahan ini dalam tempaoh yang panjang mampu merubah sifat lelaki ke arah kewanitaan secara perlahan-lahan. Ini BUKTi kukuh bahawa bahan kimia ini berbahaya sehingga ia boleh meracun tubuh badan tanpa kita sedari.

Pada tahun 1947, suntikan DES telah diberikan kepada hamper 5 juta wanita hamil dalam usaha mengatasi masalah keguguran di kalangan wanita hamil. Tetapi kini suntikan ini tidak diberikan kerana DES telah menjadi bahan yang berbahaya dalam badan. Kajian menunjukkan penggunaannya telah menyebabkan anak yang lahir dari ibu yang disuntik telah diserang kanser alat sulit (lelaki dan wanita) dan mengganggu organ pembiakan. Suntikan ini telah dihentikan penggunaannya kepada manusia.

Selain dari aktiviti pertanian dan industry, bahan kimia seperti PCBs dan PBDEs wujud dalam kebanyakan bekas plastic, computer, peralatan elektronik seperti TV, karpet di rumah, lampu, baju, kusyen, komponen kereta, bahan pencuci dan banyak lagi. Pendedahan PCBs yang melampau akan mengakibatkan individu mendapat jerawat yang dipanggil Chaocne. Sekiranya tidak mendapat rawatan awal ia akan menular menjadi kanser kulit. Malah jika PCBs bergabung dengan hormone, ia akan jadi amat beracun pada hati.

Oh ye..ada satu lagi bahan kimia yang perlu ibu-ibu waspada iaitu Phathale. Bahan ini banyak digunakan dalam pembuatan barangan mainan kanak-kanak, lantai, peralatan perubatan, kosmetik dan penyaman udara. Waspadalah dengan apa yang disekeliling anda!

Walaupun banyak kajian yang telah dilakukan tentang bahaya pendedahan bahan kimia ini ke atas manusia tetapi  kerana keuntungan berlipat kali ganda yang bakal diperolehi oleh kebanyakan pengeluar, perkataan BAHAYA tidak memberikan impak kepada pengeluar dan pengguna (harga barangan lebih murah). Sedarkah kita IMPAK kesan bahan kimia ini akan memberikan kesan kepada kita dalam jangka masa panjang dan generasi akan datang? Persoalannya...Kenapa kawalan penggunaan bahan-bahan kimia ini di ambil mudah? Seharusnya badan bertanggungjawab ‘bekerja’ sebagai langkah awal untuk mengeluarkan label ‘ingredients’ ke atas bahan-bahan tidak berlabel (kusyen, mainan kanak-kanak etc) sekiranya mengandungi bahan kimia yang kita kategorikan sebagai BAHAYA sebagai AWARENESS kepada pembeli. Badan bertanggungjawab juga perlu menyiasat, mengkaji dan mengharamkan jika perlu ke atas barangan yang menggunakan bahan kimia bahaya ini. Kenapa tidak?? Sama seperti yang dilakukan terhadap bahan kimia BPA. Makanya, pembeli berhak memilih! Pembeli hari ini makin bijak untuk memilih yang selamat...BPA FREE!!! 


::Kita perlu berubah untuk mengubah::

No comments:

Post a Comment

Comment