Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 18 August 2011

Haemorrhoids ketika hamil


Anda hamil dan mengalami masalah Haemorrhoids atau lebih dikenali sebagai buasir? Emm...jangan risau ia adalah normal. Ini kerana sewaktu hamil, masalah buasir sering berlaku jika si ibu sering mengalami sembelit. Ketika hamil perjalanan darah dari kaki menuju ke arah jantung agak perlahan sedikit akibat tekanan oleh rahim yang kian membesar ke atas saluran darah. Akibatnya timbul urat-urat vena di kaki (vericose vein). Kesan yang sama berlaku pada vena-vena (saluran-saluran darah) pada dubur menyebabkan timbulnya buasir (piles, haemorrhoids)

Kaedaan ini menjadi lebih teruk apabila si ibu mengalami masalah sembelit. Makan banyak buah-buahan dan sayuran, cereals seperti corn flakes, bran, muesli. Minum minuman yang mempunyai kandungan serat (fiber) tinggi seperti fybogel dan prune juice. Ini adalah alternative yang paling digalakkan untyk mengatasi masalah sembelit dan seterusnya mengurangkan risiko terkena buasir ketika hamil. Seandainya anda telah sampai kepada peringkat berdarah atau luka sakit, beli ubat masuk dubur (suppository) seperti anusol, proctosedyl, xyloproct. Volteran boleh mengurangkan sakit dan meredakan luka. Manakala pengambilan ubat makan seperti daflon boleh membantu mengecutkan buasir. Apa-apapun dapatkan nasihat doctor anda sebelum membuat pilihan ubat dan ketahui sejauh mana kesannya kepada anda sebagai ibu hamil.

No comments:

Post a Comment

Comment