Salam Ramadhan ke-16 semua!! Dah baca paper pagi ini or more specific Berita harian? Emmm lebih khusus lagi pasal Kopi? Terdapat lambakan kopi di pasaran hari ini dikatakan mengandungi ramuan beracun! Bahan kimia beracun seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine terkandung dalam kopi...Dalam laporan Berita Harian mengatakan terdapat 40 produk minuman yang mengandungi bahan kimia beracun ini. Apa produknya? Ia masih rahsia (nyanyi lagu Dato’ Ct kejap) dan tidak atau belum lagi disenaraikan untuk tatapan umum. Nahhh ini membuatkan penulis lebih setuju untuk mengiyakan ‘Penguatkuasaan lemah punca lambakan kopi’ (Tajuk akhbar 16 Ogos 2011). Sudahlah pemeriksaan hanya dibuat dua tiga kali setahun...hanya melibatkan kedai-kedai besar? Kedai kecil dikatakan jarang diserbu..double standard lah! Uissh lemah dan lemau sungguhlah...Selepas mengumumkan ada 40 produk yang mengandungi bahan kimia bahaya ini, dan betapa bahayanya kesannya terhadap kesihatan sejagat, tidak pula disenaraikan produk apa yang terlibat untuk para pengguna jauhi dan berhati-hati. Jadi apa gunanya diwar-warkan? Untuk hanya menakut-nakutkan? Produk kopi yang bersih dari bahan kimia beracun ini pon akan terjebak sama? Motif please......Apa-apa yang melibatkan penguatkuasaan di Malaysia ni memanglah lemau dari isu dahan dah nak mengempap orang yang menziarah kubur, terpinga-pinga nak bertindak. Isu Bersih yang dah senyap sunyi tanpa bunyi. Isu Pendatang mat gelap, mat Indon, Mat Sepet yang dah jadi maharaja, Isu anak haram, Isu dadah, Gangster macam-macam lagilah. issshh.. lemas, lemau, lesu, penat. akhirnya dijadikan bahan lawak kartunis kreatif. Pendek kata penguatkuasaan ‘bermusim’...dah ada yang cedera atau mati nanti barulah ada tindakan dan huluran bantuan (dah terlambat dah).
Untuk pengetahuan semua, penggunaan bahan perangsang seks (Viagra, Nuviva dan Cialis) seperti Sildenafil (terdapat dalam pil Viagra), Tadalafil (terdapat dalam pil Cialis) dan Verdabafil (terdapat dalam pil Nuviva) tanpa pengawasan doktor boleh membawa kesan sampingan serius seperti tekanan darah rendah dan pengguna yang mengambilnya akan berasa pening dan pengsan, manakala penggunaan Sibutramine sebagai bahan pelangsing pula boleh menyebabkan kesan kepada saraf otak serta menyerang organ dalaman lain sehingga mengakibatkan pengguna mengalami masalah mental dan kemurungan. Sekali baca, wahh dahsyatnya kesan bahan kimia ini!!! Mohon pihak berwajib dan terlibat mantapkan penguatkuasaan dan bekerja dengan lebih integrity. Mohon juga untuk disenaraikan 40 produk yang dikatakan mengandungi bahan beracun ini! Tolonglah bertindak cepat!!!
Bahan-bahan ini terdapat dalam KOPI?? Patutlah jadi hyperaktif! |
No comments:
Post a Comment
Comment