Assalamualaikum...Ramadhan al-mubarak semua!
Pernah menonton drama Ramadhan Terakhir di slot samarinda TV3? Selain jalan cerita yang menarik dan straight to the point, skripnya yang kuat dan tepat membuatkan drama ini ditunggu-tunggu setiap minggu! Penulis sangat memuji wanita memegang watak Mazni kerana berjaya membawa wataknya dengan baik walaupun buat pertama kalinya penulis menonton lakonan beliau. Begitu juga dengan Esma daniel, 'driver' dan Mak Hawa...pendek kata hampir semua pelakon melakonkan watak mereka dengan jayanya. Penulis berharap penyudah bagi drama ini akan berakhir dengan baik dan memberi impak juga pengajaran kepada peminat dan penonton (cross my finger!). Pernah dengar lagu temanya? Penulis pasti jika pernah, tentu sekali apabila terdengarkan melodinya kita akan terbuai-buai....Bagi penulis lagu temanya sangat 'best', unik dan terkesan dengan gemersik melodinya. Di bawah ini penulis kongsikan lagu tema Ramdhan Terakhir yang bertajuk: Jangan Lupa Namaku, lagu ini dinyanyikan oleh Pompa Bensin. Siapa Pompa Bensin? Emm...terpaksalah kalian buat kajian sendiri ye! hehe. By the way check Facebook 'Pompa Bensin' anda akan dapat segala informasi di sana ye. Selamat menghayati lirik dan melodi Jangan Lupa Namaku!!!
Lirik:
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tidak disisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana aku mengingatimu
Kerana aku menyintaimu
Andai aku bias bertemu mu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bias menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu...sepenuh hati
Walau kamu jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyanyangimu....sepenuh hati
Walau kamu jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyanyangimu....sepenuh hati
Kekasih hati...
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu...
No comments:
Post a Comment
Comment