Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 24 March 2011

Know your kids potential

Howard Gardner, Prof. Dr. (University of Harvard, 1999) :  
''Saya mahu anak saya memahami dunia, tetapi bukan hanya disebabkan dunia itu begitu mempesonakan menyebabkan dia ingin tahu mengenainya. Tetapi saya mahu mereka memahami bahawa dunia ini adalah tempat yang terbaik untuk mereka. Pengetahuan bukan perkara yang sama seperti moral, tetapi kita perlu faham jika tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dan menuju ke arah kehidupan yang produktif. Sehubungan dengan itu, perkara yang paling penting perlu kita fahami ialah melalui siapa kita dan apa yang boleh kita lakukan untuk orang lain. Dari situ, kita akan tahu di mana kelebihan kita sebagai seorang manusia...'' 
Terdapat 8 teori pelbagai kecerdasan (multiple intelligences) dalam IQ yang dicadangkan oleh Gardner. Kecerdasan ini berbeza dan menjelaskan lebih luas luas tentang potensi manusia pada kanak-kanak dan dewasa. Jika anak-anak menunjukkan kebolehan pada salah satu kecerdasan di bawah, rangsanglah dia untuk mencapai kejayaan mengikut kelebihan yang ada dalam dirinya....

  1. Linguistic intelligence - word smart (Kecerdasan Linguistik - kemahiran berkata-kata)
  2. Logical mathemathical intelligence - number and reasoning smart (Kecerdasan Logik Matematik -mengenai nombor/ taakulan)
  3. Spatial intelligence - picture smart (Kecerdasan ruang - kemahiran gambar)
  4. Bodily-Kinesthetic intelligence - body smart (Kemahiran mengenai badan)
  5. Musical intelligence - music smart (Kecerdasan muzik - kemahiran muzik)
  6. Interpersonal intelligence - people smart (Kecerdasan hubungan dengan orang lain -kemahiran dengan orang) 
  7. Intrapersonal intelligence - self smart (Kecerdasan intrapersonal - kemahiran dalam diri)
  8. Naturalist intelligence - nature smart (Kecerdasan alam semula jadi)
Apakah ciri-ciri yang terkandung dalam setiap teori pelbagai kecerdasan (multiple intelligences)? 
Bagaimana mengesannya pada anak-anak? 
Bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh membantu anak-anak merangsangnya? 

Nantikan pada post yang akan datang ye...banyak research perlu saya buat sebelum dikongsikan bersama-sama kalian...wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Comment