Assalamualaikum wbt. kepada yang membaca..
Kenapa penulis perlu perjelaskan kepada semua? Ini adalah kerana penulis terasa malas untuk menjawab pertanyaan ini sekali lagi dan sekali lagi. Walaubagaimanapun bagi penulis penjelasan ini juga membawa erti kepada penulis sebagai 'flash back'..maka ceritanya bermula begini, 23 September 2010 adalah tarikh sebenar penulis dikurniakan ijazah master secara sah! Sistem menyumbang kepada pemanjangan tempoh penulis dikurniakan ijazah Master. Tarikh pengurniaan sepatutnya lebih awal dari yang sepatutnya. Tapi 27 September 2010 baru melalui proses viva?? Keadaan agak rumit ketika itu..keempat-empat pemeriksa penulis terlalu sibuk dan penyelia penulis pula sedang menjalani sebatikal di New Zealand sepanjang tempoh tesis dihantar sehingga tarikh yang ditetapkan untuk penulis berdepan dengan mereka. Apa yang saya tekankan disini, senat dan dekan fakulti pengajian siswazah telah secara rasminya mengurniakan penulis ijazah Master pada 23 September 2010!! Lebih awal dari tarikh viva...pelik tetapi benar...
Timbul persoalan kenapa penulis mengambil masa 2 tahun setengah untuk 'selesaikan' Master??? Apa yang lama sangat??Macam buat PhD plak?? Yang sebenarnya..setengah tahun telah penulis gunakan untuk cuti bersalin dan berpantang tetapi untuk 2 tahun sepenuhnya...Nah ini jawapan kepada yang bertanya: ''Saya buat master 'by research' tapi awak buat master 'by coursework'! Kalau 'by coursework' cukup tempoh awak bolehlah dikurniakan master....tapi berbeza dengan saya...saya perlu buat eksperimen ke atas benda hidup (yang menghadapi risiko cuaca, serangan penyakit dan mati) dan perlu ada replikasi!! kalau benda hidup itu mati, makanya saya perlu membuat pengulangan sekali lagi! (bertambahlah tempoh master saya!). Saya juga perlu berdepan dengan mesin...yang saya gunakan untuk analisis benda hidup tersebut...bilamana mesin tersebut bermasalah, akan berlaku ralat terhadap analisis saya..saya perlukan yang sempurna untuk mendapatkan keputusan yang jitu untuk dibawa ke proses seterusnya....pengulangan perlu dilakukan sekali lagi! (bertambah lagi tempoh master saya!). Apabila di proses yang akhir...sekiranya proses persampelan dan analisis yang disangkakan jitu tetapi hanya persis...kecacatan analisis dapat dilihat di bawah mesin pengimejan (keputusan yang tidak jitu dan tidak kemas, tidak boleh diterima sebagai sampel yang boleh dianalisis dan dianggap sebagai penemuan!! makanya pengulangan perlu dilakukan sekali lagi!!! (bertambah-tambahlah tempoh master). Dipendekkan cerita master 'by research' perlukan penghuraian dari segi proses dan analisis, paling penting perlu ada penemuan!!!''. Berbeza kan dengan master coursework kamu itu???
Maaf dipinta, penulis tiada niat untuk memperkecilkan sesiapa apatah lagi ingin meninggi diri...cuma ingin berkongsi cerita yang sebenar kepada empunya diri yang berbangga dengan tempoh habis master hanya 1 tahun!! Apa yang ada pada masa..jika ia tidak membuktikan apa-apa pada diri sendiri. Master bukan hanya segulung ijazah tetapi satu transformasi kematangan diri ke arah yang lebih baik!! Wallahualam.
Nota kaki: Kepada yang masih lagi dalam proses eksperimen, analisis mahupun penulisan..teruskan usaha kalian itu! Jangan ambil peduli kepada mereka yang hanya pandai berkata-kata. Mereka tidak berada di dalam situasi yang sama dengan kita. Kita juga tidak mampu membuat mereka faham apa yang sedang kita lalui. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Teruskan dengan kajian kalian...sesungguhnya sekecil-kecil perkara yang kita kaji, membuatkan kita bertambah dekat dengan Dia. Keagungan dan kekuasaanNya diluar kemampuan dan capaian akal kita ...semoga tercapai segala hajat dan hasrat kalian untuk dikurniakan ijazah Master mahupun Doktor falsafah!!.
No comments:
Post a Comment
Comment