Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 22 March 2011

Peranan isteri - Galakan Qiamullail para suami (Part 2)

Sebahagian salaf berkata: 'Qiamullail akan meringankan proses qiyam (berdiri) pada hari kiamat. Kalaulah orang-orang yang tekun qiamullail akan masuk syurga tanpa hisab, tentulah mereka akan terhindar dari proses lamanya berdiri di saat dihisab kelak'.

Dalam hadis riwayat Imam Tarmizi: 'Kamu hendaklah melakukan qiamullail , kerana ia adalah amalan golongan soleh sebelum kamu. Ia Qiamullail akan mendekatkan kamu kepada Allah SWT, penghapus dosa dan kejahatan, perisai dari dosa, pembuang penyakit dari badan'. Hadis ini memperkukuhkan fakta bahawa qiamullail penyumbang kepada faktor untuk mendapatkan kesihatan yang baik (kesihatan rohani juga jasmani dan pengusir penyakit dari jasad). Diperkuatkan lagi dengan berpuasa di siang hari. Imam at-Thobrani meriwayatkan hadis dari Abi Hurairah: 'Puasalah kamu, agar kamu sihat'.         

Qiamullail juga adalah penghapus dosa dan pengangkat darjat seseorang. Telah dinyatakan sebelum ini (Part 1) bahawa ahli qiamullail adalah antara orang yang terawal akan masuk syurga tanpa dihisab. Dalam hadis al-Manam yang cukup masyhur yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmizi: 'Para masyarakat malaikat amat heboh membincangkan faktor penting yang menaikkan darjat dan menghapuskan dosa seseorang termasuklah memberi sedekah makanan, banyak memberi salam dan solat di waktu malam di saat orang lain sedang nyenyak tidur'.

Imam Thabrani dan lain-lain meriwayatkan dari hadis Abi Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tiga golongan dicintai Allah, Allah aakn mencurahkan rahmat ke atas mereka;

  1. Lelaki pejuang yang pasukan (perang) mengalami kekalahan ia tetap berjuang dengan gigih mencari redha Allah. Samada ia gugur syahid atau meraih kemenangan. Allah berfirman: 'Lihatlah hamba-Ku ini, betapa ia memiliki ketulenan secara sendiri mencari keredhaan-Ku'.
  2. Lelaki yang memiliki isteri jelita dan tilam yang empuk, lantas ia bangun di malam hari. Allah berfirman: 'Ia meninggalkan keinginan nafsunya, lalu mengingati-Ku. Kalau dia mahu (melayani nafsunya) ia tentu akan tidur'.
  3. Dan orang yang sedang dalam perjalanan (bermusafir) ia bersama rombongan. Mereka berjaga malam (sahur) kemudian mereka tidur. Sedang dia bangun juga menunaikan tahajud di waktu sahur semasa senang dan susah.
Dan demikianlah hebatnya berjaga malam (tahajud dan qiamullail) untuk mendapatkan keredhaan Allah. Semoga sama-sama kita mengimarahkan malam hari dengan memperbanyakkan ibadah kepada Nya! Sesungguhnya lebih banyak kebaikan yang bakal kita perolehi. Ya Allah kuatkan semangat kami untuk melakukan tahajud dan qiamullail di malam hari....Amin ya Rabbalamin.

No comments:

Post a Comment

Comment