Bismillahirrahmanirrahim. Ini antara beberapa cara-cara Nabi melalui rutin harian beliau. Semoga kita sebagai umatnya mampu mengikuti sunnah beliau, seterusnya peroleh ganjaran dari Allah kerana mengamalkannya...Insyaallah.
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Nabi selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjemaah. Bangun sebelum subuh membolehkan kita peroleh:
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan
2. SUKA MENJAGA KEBERSIHAN
Nabi selalu sentiasa rapi & bersih, setiap hari Khamis atau Jumaat beliau akan mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)
3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah SAW :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Nabi selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta'awwudz, kerana marah itu dari hasutan Syaiton- Segeralah berwudhu'
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan kesan secara psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.
7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Untuk memelihara kestabilan hati & kesihatan jiwa juga mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan pencegahan yang sangat tepat.
::Ya Allah, bersihkanlah hati-hati kami dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diri-diri kami dengan sifat sifat mahmudah...amin ya rabbalamin. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment
Comment