Pada yang belum berkahwin, simpan nasihat ni baik-baik kerana insyaAllah one day bila sudah jadi isteri tahu le apa yang patut di buat dan sebaliknya.... semoga petua org tua-tua ini dapat membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang (mawaddah warahmah)...Insyaallah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan mengekalkannya...
Pesan pertama: Membasuh pakaian, zaman sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh pembantu rumah basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nyakita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. ada rahsia tu).
Pesan kedua: Bilik tidur. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kepada penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada di dalamnya adalah hanya dalam pengetahuan kita dan suami. Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yang bergelar ISTERI ini yang mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yang menguruskannya. Rahsia tu!
APA RAHSIA NYA???
AIR TANGAN!!!!...itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tidak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorang ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.
Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak-anak sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yang kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak-anak itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu si ibu' dalam hidupnya. Pecayalah...
Tidak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang-kurangnya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa 'air tangan' yang masuk keperutanak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu rumah yang beriya-iya menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dalamnya. Kita isteri, sentuhan kita pada barang-barang suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah.
Itu sebab kadangkala terjadi suami yang segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorang pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).Jadi berhati-hatilah dalam mengizinkan org lain menguruskan barangan/kebajikan suami.
Begitu juga dalam hal makan minum, kan sudah dipesan orang tua-tua bahawa hendak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, sudah tentu orang masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dengan kita??? Jadi kalau setakat secawan/seteko air, tolonglah buat sendiri.
Penat usah cerita, semua kita penat, samada berkerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu-ribu cara yang boleh diguna pakai. Yang kadangkala kita anggap remeh serta tidak masuk akal.Lagi satu pesanan orang tua-tua iaitu bab pakaian kecik, kalau orang moden sekarang mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu-dulu di mana agaknya dia sorok pakaian dalam dia ya? Tak kan tidak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai di kawasan satu tempat khas jauh dari penglihatan orang lain.
Masa saya kecik-kecik dulu, nenek sidai pakaian dalam dia, dibelakang rumah jauh dari pandangan dan laluan orang, satu ruang yang berpagarkan mata punai dan terbuka berangin). Semua pakaian yang kecil-kecil (pakaian dalam) nenek sidai disini, jauh dari penglihatan org ramai yang lalu lalang. Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dalam, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yang menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok-soroklah sikit...malu orang tengok...jangan bagi alasan tidak ada ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita...
Pakaian dalam ini (maaf kena berterus terang sikit...tapi rasanya masih bahasa yang berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagian sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik-baiknya dijaga/diurus hanya oleh si isteri. Usah sekali-kali membiarkan pembantu membasuh (walaupun menggunakan mesin basuh) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik-kecik saja kan?...kenapa mesti biarkan orang lain menguruskannya'???
Dan ini yang paling penting, bisik nenek ke telinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang)". Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yang mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yang ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila-bila'.
Wallahua'alam. Semoga pesanan orang tua-tua ini memberikan manfaat dan sedikit sebanyak informasi kepada kita semua yang membaca. 'Kita perlu berbah untuk mengubah'.
Pesanan daripada pengalaman dan rujukan berlandaskan Islam. Maka ambillah pesanan ini untuk dijadikan amalan harian. IsyaAllah kebahagian pasti ada dan sentiasa bersama dalam keluarga.
ReplyDeletethanx for sharing :D
ReplyDeletesharing is caring...sekadar peringatan untuk diri sendiri juga! thanks for ur comment.
ReplyDelete