Happily Ever After

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Princess

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, 8 July 2011

Ramadhan Checklist ~ Selamat Datang

Wishing all Muslim friends - selamat berpuasa..semoga entri ini dapat membantu anda semua mempersiapkan diri menghadapi bulan Ramadhan dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan. Semoga beri manfaat pada semua ya!

Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan
memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan
menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda
didalam hadisnya :

"Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya
mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal
supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik
disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan
mengikut sunnah."


CHECKLIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut
Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk
hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjemaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat. (atau mana-mana yang termampu dan jangan sampai disebabkan terlalu sibuk solat tarawikh yang setahun sekali ini terabai).

5. Tadarus Al-quran~ membaca bersemak dan berturut-turut juzuk. (andai mampu 1 hari 1 juzuk...masyaallah).

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan
bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat
Tahajjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur. (pilihan terletak di tangan sendiri...sama ada masakan dah siap masak pada malamnya terlebih dahulu, masa bersahur boleh terus jamah je!)

9. Makan sahur. Jangan lupa bangun untuk bersahur ye. Selain daripada bersahur akan memastikan kita cergas di siang hari ia juga adalah sunnah Nabi).

10. Jangan tidur sesudah sahur. Ini bagi mengelakkan kita terbabas subuh!

11. Solat Subuh berjemaah di Masjid atau sama-sama berjemaah bersama keluarga sebelum memulakan aktiviti harian masing-masing. Ini antara peluang keluarga mengeratkan hubungan silaturrahim...insyaallah.

12. Tadarus pendek sebelum memulakan hari...alhamdulillah.

13. Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14. Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15. Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha. Semoga rezeki akan melimpah ruah...amin ya rabb.

16. Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah
baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah
Ikhlas 7 kali.

17. Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu
jam diwaktu sahur)

18. Solat Zuhur berjemaah.

19. Tadarus pendek.

20. Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang. Dapatlah kiranya kaum ayah dan anak-anak membantu ibu di dapur...kan lebih seronok!

21. Solat Asar berjemaah di Masjid.

22. Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV
yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti
majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu di antara waktu asar dan maghrib doa amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api
atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24. Segera Solat Maghrib di Masjid atau di rumah bersama-sama keluarga.

25. Makan malam bersama keluarga.

26. Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh
secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunat
setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar
khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh
kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan
Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya
di akhirat.


Oh ye berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dapat mengurangkan berat badan! Cuba lakukan ini:
1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang
berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan



RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN
1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan
selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr:

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al
Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun,
Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat
Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah
tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa
semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang. 

No comments:

Post a Comment

Comment